Israel Adesanya Minta Maaf Kerana ‘R*pe Joke’ Dan Hilang Kontrak Dengan BMW

Bintang UFC, Israel Adesanya akhirnya memohon maaf dan mengakui kali ini dia telah melampau batas. Adesanya menggunakan lawak rogol ke atas musuhnya Kevin Holland.

Adesanya mendapat kecaman dari semua arah selepas memuat naik status berbunyi: “Bro, I will f**king r a p e you.”

Adesanya kemudian berlapang dada dan menyatakan dia kali ini benar benar melampau dalam trash talk di media sosial.

“Saya telah melampaui batasan ketika membincangkan pertarungan minggu lalu. Saya faham graviti ayat yang saya gunakan dan ianya boleh memberikan kesan emosi orang lain yang bukan seteru saya. Namun saya tidak pernah berniat mempersendakan sesiapa.”

“Saya masih lagi muda dan belajar untuk berada di ‘spotligt’ [perhatian umum], dan saya akan mengambil ini sebagai iktibar dan lebih berhati hati dalam memilih kata kata ketika saya dalam tekanan.”

Antara tokoh terbilang yang mengecam lawak rogol Adesanya ialah Timbalan Perdana Menteri New Zeland, Grant Robertson. Di mana beliau menyatakan, tidak ada seorang pun di dunia ini harus menggunakan rogol sebagai jenaka.

Akibat daripada lawak rogol itu, Adesanya kehilangan tajaan jutaan dollar dengan BMW.

BMW dalam kenyataannya berkata: “Oleh kerana komen yang dilakukan oleh atlet di media sosial, kami telah mengkaji semula kerjasama kami dengan atlet tersebut. Dan kamu memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan duta tersebut untuk jenama kami di New Zealand.”

UFC masih belum mengambil tindakan ke atas Adesanya buat masa ini.

‘The Last Stylebender’ baru sahaja tewas dalam pertarungan kelas berat ringan (lightweight). Itu adalah percubaan pertamanya dalam kelas berat.

Manakala Hollan turut menyaksikan rekod 5 kemenangan berturut turutnya berakhir di tangan Derek Brunson minggu lalu.

Baca yang lain