Isteri Garay Mohon Cerai Kerana Dah Letih Melayan Suaminya

Bekas pemain Real Madrid, Ezequiel Garay, terpaksa melepaskan Tamara Gorro dengan menuruti permohonan cerai wanita tersebut.

Lebih menyedihkan apabila isterinya dengan terbuka menyatakan bahawa alasan dia meminta cerai kerana Garay sudah tidak dapat melayan suaminya lagi.

Di mana setiap kali melihat wajah suaminya, dia semakin meluat dan tidak ada rasa cinta. Perkara itu dikongsikan Tamara dengan umum.

Alasan itu benar benar mengejutkan ramai pihak. Hubungan perkahwinan Garay dengan isterinya sudah pun retak.

“Jika anda bertanya kepada saya sama ada saya masih mempunyai keinginan seksual yang sama seperti sebelum ini, jawapan saya adalah tidak,” kata Tamara seperti yang dilaporkan oleh Marca.

“Saya tidak tahu sama ada ia kekurangan masa atau kurang keintiman, tetapi hakikatnya tidak, saya tidak mempunyai semua itu lagi. Itulah realitinya.”

“Saya sayang suami saya, tetapi saya tidak mahu melakukan hubungan intim dengannya setiap hari kerana saya letih melakukannya tanpa rasa cinta,” tambahnya.

Perkara itu menjadi alasan utama penceraian mereka selepas perkahwinan yang dibina selama 12 tahun. Tamara mengesahkannya melalui media sosialnya tentang perkara itu.

“Kami akan bercerai yang tidak bermakna kami akan berpisah sepenuhnya. Kami rasa kami telah bertindak dengan cara yang sangat matang dan menjadi contoh kepada kami dan anak-anak kami,” kata Tamara di Instagram.

“Apabila tiba masanya di mana anda berada dalam kesusahan, anda mempunyai dua pilihan iaitu meneruskan dan berakhir dengan keletihan tanpa penyelesaian atau berhenti dengan keyakinan dan keinginan yang kita boleh teruskan bersama,” sambungnya lagi.

Dalam video di Instagramnya, Tamara berkata: “Terima kasih untuk 12 tahun yang indah. Dari dulu saya dah kata bahawa perkahwinan kita ini bukan perkahwinan sempurna, namun tiba masanya apabila dua orang pasangan harus memilih sama ada untuk meneruskan ataupun menamatkan hubungan yang terus tak ada solusi ini. Ataupun kita mahu meneruskan hubungan yang sudah tiada rasa cinta.”

“Kami memutuskan untuk bercerai dengan harapan suatu hari nati boleh bersama kembali.”

Garay sendiri telah menjawab kenyataan tersebut. Lelaki berusia 35 tahun itu masih menunjukkan rasa cintanya kepada isteri dan berterima kasih kerana mengisi hidupnya selama lebih sedekad.

“Ia bukan selamat tinggal tetapi ‘jumpa anda nanti,'” kata Garay di Instagram.”Saya sayang awak dan walau apa pun yang berlaku awak akan sentiasa menjadi cinta dalam hidup saya. Terima kasih untuk 12 tahun yang menakjubkan ini,” tambahnya.

Garay menyertai Real Madrid pada 2008 lalu. Namun kariernya di Sepanyol lebih sinonim dengan Valencia.