Isteri Hakimi Hiba Abouk Berasa Hiba Kerana Semua Harta Di Atas Nama Ibu Hakimi

Isteri Achraf Hakimi iaitu  Hiba Abouk memfailkan penceraian dan menuntut lebih separuh daripada harta dan kekayaan pemain bola sepak Maghribi itu sebagai pembahagian harta sepencarian.

Namun usaha itu tidak menjadi seperti yang dirancangnya.

Hakimi dikenali sebagai salah seorang pemain dengan gaji tertinggi dalam Ligue 1, dia memperoleh lebih daripada 1 juta euro sebulan.

Oleh itu bekas isterinya akan menjadi jutawan dalam sekelip mata jika menerima separuh daripada harta Hakimi termasuk dalam bentuk wang.

Apabila tiba di mahkamah, mereka difahamkan Achraf Hakimi tidak mempunyai harta pada namanya dan tidak memiliki akaun bank yang ada berjuta juta euro,

Hal ini kerana, Hakimi meletakkan seluruh hartanya di bawah nama ibunya satu masa dahulu.

Difahamkan Hakimi hanya mengambil 10-20% daripada pendapatannya, dan selebihnya didepositkan ke atas akaun nama ibunya.

Kemudian semua aset rumah yang dibeli Hakimi juga diletakkan atas nama ibunya.

Ini bermaksud Hiba Abouk hanya akan pergi hampir dengan tangan kosong.

Hanya dengan budi bicara ibu Hakimi sahaja Hiba Abouk boleh mendapatkan sebahagian hartanya.

Hiba Abouk sebelum ini telah bersuara bahawa dia tidak boleh menerima Achraf Hakimi yang dikaitkan dengan kesalahan serangan seksual.

Hiba Abouk menyatakan bahawa dia akan sentiasa berada di sebelah pihak mangsa.

Sementara itu, ibu Hakimi masih percaya bahawa anaknya bukan seorang perogol.

Ibu Hakimi: ‘Anak Saya Bukan Perogol, Dia Dah Bersumpah Depan Saya’

Ibu kepada Achraf Hakimi akhirnya bersuara tentang pertuduhan yang dibuat ke atas anaknya.

Di mana menurut ibu Hakimi, Saida Mou, Hakimi sudah bersumpah di hadapannya bahawa dia tidak melakukan perkara terkutuk itu.

Hanya beberapa jam selepas diumumkan sebagai salah seorang pemain dalam kesebelasan terbaik dunia FIFPro 2022, mahkamah di Perancis mengarahkan polis menyiasat Achraf Hakimi atas dakwaan rogol.

Ianya selepas seorang wanita berusia 23 tahun telah membuat laporan polis menyatakan bahawa dia dirogol pemain itu.

Wanita itu tidak berniat membuat pertuduhan ke atas Hakimi dan mahu sekadar membuat laporan polis sahaja.

Oleh kerana kes itu dianggap serius melibatkan individu berprofil tinggi, maka mahkamah mengarahkan siasatan terus dibuat dan pertuduhan harus dibuat jika perlu.

Beberapa hari lalu, polis Perancis mengesahkan bahawa Hakimi secara rasminya berdepan pertuduhan kes rogol. Dan perlu mempertahankan dirinya di mahkamah.

Peguam Hakimi berkali kali menyatakan bahawa pemain PSG itu sangat tenang dengan berita dan pertuduhan itu. Kerana dia sudah sedia memberikan segala kerjasama dengan pihak polis berkaitan kes itu.

Media Perancis mendapatkan komen ibu Hakimi tentang perkara itu.

Ini kerana Hakimi dianggap role model ramai generasi muda. Dia menunjukkan bagaimana dia mengangkat martabat ibunya ketika Piala Dunia 2022.

Ketika pemain pemain lain meraikan kejayaan dengan isteri dan teman wanita mereka, Hakimi mengetuai rakan rakannya di Maghribi meraikannya dengan ibu mereka.

Ibunya berkata: “Hati saya memberitahu saya bahawa anak saya tidak bersalah.”

“Dia tak berhak mendapat apa yang sedang berlaku ke atasnya.”

“Saya bertanya sendiri kepadanya tentang kes itu, dan dia bersumpah depan saya menyatakan bahawa dia tidak bersalah.”