Isu Denda Atlet Tak Nak Pakai Seluar Kecil Bikini, Presiden Persatuan Diminta Letak Jawatan

Persatuan Sukan Wanita Seluruh Eropah meminta pengunduran presiden persekutuan bola baling antarabangsa dan Eropah. Ini kerana presiden tersebut dikatakan melakukan “seksisme terang-terangan” untuk peraturan yang mengharuskan pemain wanita memakai seluar kecik bikini ketika beraksi.

Pasukan bola baling wanita Norway didenda €1,500 (£ 1,270) kerana memakai seluar pendek sebagai protes terhadap peraturan itu semasa pertandingan Kejuaraan Bola Bola Pantai Eropah menentang Sepanyol di Varna, Bulgaria, pada 19 Julai.

Persekutuan Bola Baling Eropah (EHF) mengatakan pasukan Norway dikenakan tindakan disiplin kerana “pakaian yang tidak sepatutnya”.

Dalam pernyataan berikutnya, EHF mengatakan bahawa, bersama dengan Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF), bahawa mereka membuat peraturan dengan “sentiasa komited untuk mempopularkan bola baling pantai”.

Kenyataan itu lagi mengundang amarah daripada ramai pihak yang menuduh ianya sebagai seksisme dan seksualisme ke atas atlet wanita.

Lantas IHF menegaskan bahawa masalah pakaian seragam pemain akan dibincangkan semasa mesyuarat ahli jawatankuasa yang baru dipilih pada bulan Ogos.

Denda €150 untuk setiap pemain, telah dibayar oleh Persekutuan Bola Baling Norway, yang sebelumnya telah membuat aduan rasmi terhadap peraturan bikini itu.

Menurut peraturan IHF, pemain wanita yang bermain bola baling pantai mesti memakai “atasan dan seluar kecil bikini dan aksesori tertentu”, sementara pemain lelaki memakai “seluar pendek biasa yang tidak boleh kurang 10 cm daripada paras lutut.

“Ini adalah kebiasaan seksis terang-terangan yang perlu dihapuskan,” kata Luisa Rizzitelli, presiden Assist, sebuah persatuan aktivis Itali yang mempromosikan dan mempertahankan hak atlet wanita.

Assis merupakan salah satu daripada 7 persatuan sukan termasuk Alice Milliat Foundation di Perancis dan Discover Football di Jerman, yang telah menulis surat bantahan kepada presiden IHF, Hassan Moustafa, dan rakan sejawatannya di EHF, Michael Wiederer, mendesak mereka untuk meletakkan jawatan serta merta.

Dalam surat tersebut, menyatakan bahawa kedua dua persatuan telah mencemarkan imej mereka sebagai persatuan sukan antarabangsa. Ianya dianggap sebagai kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.
Rizzitelli menyatakan bahawa peraturan pakaian IHF tidak seharusnya mengeksploitasi badan wantia. Dan sangat kesal dengan denda yang dikenakan ke atas pasukan bola baling pantai Norway.

BACA JUGA: Atlet Wanita Norway Didenda Kerana Tak Nak Pakai Seluar Bikini Sebab Terlalu Seksi

Dalam satu berita yang gila, pasukan bola baling pantai wanita Norway dikenakan tindakan oleh Persatuan Bola Baling Eropah kerana tidak mahu memakai seluar bikini (seluar dalam kecik tu) ketika beraksi.

Pasukan tersebut memakai seluar pendek untuk keselesaan mereka. Namun telah didenda atas kesalahan: “Berpakaian tidak sepatutnya”.

Setiap pemain yang memakai seluar pendek itu dikenakan denda EUR150 setiap seorang sebagai hukuman untuk kesalahan pertama. Kesemua 10 pemain mereka dikenakan tindakan.

Persatuan Bola Baling Eropah menyatakan bahawa: “Kesemua tindakan yang diambil ini adalah demi kelangsungan publisiti sukan ini di masa akan datang. Ini termasuk penampilan atlet dengan pemakaian yang ideal untuk sukan ini, termasuk pakaian para atlet.”

Malah pasukan wanita Norway itu juga diberikan amaran untuk tidak mengulangi kesalahan mereka dan berpakaian seperti yang diminta pada aksi berdepan Sepanyol untuk perebutan pingat gangsa. Norway tewa dalam perlawanan tersebut namun mereka berkeras dan bangga memakai seluar pendek berbanding dengan hanya berseluar dalam bikini.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata: “Kami berbesar hati dengan perhatian daripada seluruh dunia. Kami harap perkara yang kami buat ini akan mengubah peraturan mengarut ini.”

“Ya, sudah tentu kami akan bayar sahaja denda itu,” tegas kenyataan itu yang disokong oleh Presiden Bola Baling Norway, Kare Geir Lio.

Kare Geir Lo menyatakan sokongannya kepada pasukan wanita tersebut dan berkata: “Kita di bot yang sama.”

Ini bukan kali pertama atlet wanita Eropah menentang larangan pemakaian yang mereka selesa. Di mana ramai atlet sudah tidak selesa dengan pakaian terlalu mencolok mata.

Perjuangan pasukan gimnastik Jerman diketuai Sarah Voss

Pasukan wanita Norway ini telah meneruskan kempen daripada pasukan gimnastik Jerman sebelum ini yang telah menyebabkan banyak polemik di kalangan peminat sukan di Eropah selepas mereka memutuskan untuk memakai baju menutup badan sepenuhnya dalam European Artistic Gymnastics Championships pada beberapa bulan lalu.

Bintang muda Jerman, Sarah Voss, 21, telah memakai baju yang menutup keseluruhan badannya dalam aksi kelayakan di Basel. Dua hari kemudian dua lagi rakannya mengikut jejak langkah beliau dalam aksi all round di final.

Voss menyatakan, mereka berbuat demikian kerana sudah bosan dengan sikap ramai pihak yang menjadikan atlet wanita sebagai objek tatapan seksual mereka. Lebih teruk, ada segelintir audien hanya menyaksikan gimnastik wanita kerana nak melihat atlet yang cantik dan seksi.

Ia jelas lari daripada matlamat asal sukan tersebut yang mahu mempamerkan kehebatan individu dalam setiap acara.

Voss menyeru agar lebih ramai gimnas yang tampil memberanikan diri hanya memakai pakaian yang mereka selesa sahaja. Bukannya atas kehendak pihak lain ataupun penganjur. Ada ramai atlet gimnas wanita sebenarnya tidak selesa dengan pakaian yang terlalu terdedah dan menjolok mata tu.

Sarah Voss dengan terbuka berkata: “Kami berharap selepas itu, mana mana gimnas yang tak selesa dengan pakaian yang kebiasaan kita pakai selama ini, akan berani untuk mengikut langkah kami.”

German Gymnastics Federation (DTB) memutuskan untuk menyokong tindakan Voss dan rakan rakannya dalam menentang “sexualization in gymnastics.”

Voss menambah: “Dalam sukan gimnastik, ianya sukar dan makin sukar, ketika badan kamu semakin dewasa.”

“Ketika kecil, saya tak kisah memakai baju gym yang nipis kerana ianya bukan perkara besar sangat. Namun apabila kamu sudah beranjak ke remaja, dan sudah melalui haid, itu membuatkan saya menjadi semakin tak selesa untuk memakai baju seperti itu.”

Menurut RT, sebenarnya tiada undang undang yang melaran gimnas memakai baju yang lebih tertutup. Namun cabarannya, ada sesetengah juri memotong mata gimnas tersebut dan ada penganjur meminta gimnas memakai baju lebih pendek.

Ianya realiti yang sangat pahit untuk ditelan sebenarnya.

Netizen di Eropah ramai menyokong, walaupun ramai juga yang memperlekehkan usaha Voss dan rakan rakannya yang dituduh gila publisiti. Ada juga menyindir Sarah, seperti mamat ni:

Entah dari mana dia dapat sumber menyatakan feminism dulu ajak perempuan berbogel ni. Namun yang penting ramai yang menyokong Sarah Voss. Seorang peminat menyatakan sokongan beliau kepada Voss dengan berkata: “Ianya nampak hebat!”

Seorang lagi mengucapkan tahniah kepada Voss yang tampil untuk memberanikan diri untuk memperjuangkan hak mereka berpakaian dan tampil dengan apa yang mereka selesa sahaja.

Ada seorang lagi netizen lelaki, menyatakan dia menyokong usaha Voss dengan berkata: “Syukurlah Tuhan, akhirnya ada yang bersuara tentangnya. Sebab kadangkala saya nak tengok mereka beraksi di tv, jadi kekok dan malu pula depan anak anak dan keluarga yang lain,” kata lelaki itu yang seringkali risau dituduh menggatal melihat wanita seksi, sedangkan dia memang peminat gimnastik.

Kemudian ada yang meminta agar sukan bola tampar pantai pula tidak terlalu seksi. Kerana sukan tersebut yang melibatkan wanita dianggap terlalu seksi dan tak sesuai untuk tontonan umum.

“Perkara itu sudah lama saya nak bangkitkan. Terima kasih Sarah, fokus kepada prestasi bukannya body. Saya nak tengok pemain bola tampar pantai pula ambil tindakan sama, hentikan memakai baju yang terlalu kecil tu.”

Terharu dengan sambutan seluruh dunia

Ternyata perjuangan atlet Norway ini mendapat sokongan luar biasa dari seluruh dunia. Mereka mengakui terkejut dan terharu. Walaupun angka denda itu nampak kecil, namun denda tetap denda. Nama mereka sudah berada dalam senarai disiplin.

Tetapi mereka tidak peduli walaupun merisikokan karier mereka sekalipun demi perjuangan mereka. Di mana mereka mahu wanita memakai pakaian yang mereka selesa sahaja untuk bertanding.

Pasukan ini menganggap sudah tiba masanya seksualisasi ditamatkan dalam sukan wanita, dan fokus kepada persaingan dan bakat mereka semata mata.

Untuk peraturan bola baling pantai, persatuan bola baling Eropah menetapkan lelaki wajib memakai seluar yang tidak lebih 10 sm dari lutut mereka.

Malangnya, untuk wanita peraturannya agak gila, dan sangat terdedah. Di mana mereka diminta memakai seluar dalam bikini. Di mana luas seluar dalam itu adalah 10sm.

https://twitter.com/BirkzLc/status/1417998885520232448

Bola baling pantai suka baru dan mulai popular awal 1980-an. Salah satu cara mereka menarik minat orang ramai untuk menyaksikan sukan itu adalah dengan mengarahkan atlet wanita berpakaian separuh bogel.