Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam menyatakan bahawa pemain boleh menyentuh pengadil. Dan ianya bergantung kepada niat dan situasi.
Tetapi tidak dibenarkan untuk tujuan provokasi ataupun serangan yang membawa kepada kecederaan. Isu pemain menyentuh pengadil terus menjadi topik hangat dalam liga Malaysia musim ini.
Sebelum ini, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah mempersoalkan perlindungan ke atas pengadil. Kerana terdapat beberapa kes pemain diserang secara fizikal dan verbal.
Menurut Kamarudin, berdasarkan pengalaman beliau, menyentuh atau menolak pengadil adalah kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan dan ia perlu digantung daripada bermain.
Kamarudin berkata: “Kalau pergi Mahkamah Sukan dan kalau tolak pengadil atau sentuh saja pengadil, ia kesalahan paling besar. Takkan ada kompromi dan pemain memang tak boleh sentuh pun sebenarnya.”
“Contoh lain, kalau pemain cakap kata kesat macam ‘f*k y*’ kepada pengadil tanpa menyentuh pun, ia tetap tak boleh dan kena hukuman terus. Tetapi simulasi pula diberikan hukuman berat, pada saya ia keputusan tak munasabah dan keputusan tak sepatutnya.”
#kualalumpur "Kalau pergi Mahkamah Sukan dan kalau tolak pengadil atau sentuh saja pengadil, ia kesalahan paling besar. Takkan ada kompromi dan pemain memang tak boleh sentuh pun sebenarnya.https://t.co/6Nu3vCjqUp
— Harian Metro (@hmetromy) March 28, 2021
Pada awal musim ini, pemain yang bertindak ganas dengan menolak pengadil iaitu Jack Hindle dari Kelantan FC dan Alex Dos Santos Goncalves (Melaka United) hanya diberikan amaran keras oleh FAM.
Kamarudin menambah: “Kalau ikut amalan sebelum ini, dalam Jawatankuasa Tatatertib FAM kita boleh bicarakan terus kes penting macam menolak pengadil atau pergaduhan tanpa menunggu lama. Contoh dulu ada kes bergaduh di Kelantan, kita tak tunggu lama di mana kita terus bicarakan.
“Tapi kalau kes setakat kumpul kad kuning dan kad merah, memang boleh tunggu dulu saja. Macam kes Natxo ini patutnya kena cepat kerana ia mendapat liputan meluas oleh peminat dan kredibiliti jawatankuasa terbabit diperhatikan.”
Sementara itu, Natxo Insa digantung satu perlawanan dengan satu lagi penggantungan akan dimansuhkan jika pemain itu berkelakukan baik.
Namun kesemua pemain tersebut tidak diberikan kad ketika dalam padang. Berbeza dengan pemain Kedah, Fadzrul Danel pula dibuang padang ketika aksi Kedah menentang Terengganu dan diberikan notis pertuduhan.
Seterusnya, pemain JDT, Gonzalo Cabrera pula dipersoalkan kenapa tidak diberikan kad ataupun tindakan retrospektif. Kerana ramai beranggapan pemain JDT itu menyentuh pengadil dalam aksi JDT dan Sri Pahang sebelum ini.
Stuart menjelaskan, ada beberapa situasi, mungkin nampak kasar, tetapi sebenarnya tidak ada apa pun yang berlaku.”
Dipetik dari BH Online, Stuart berkata: “Kita jangan lihat apabila ada sentuhan walaupun nampak kasar, sebenarnya bagi pengadil perlawanan ketika itu tiada apa yang berlaku. Jika terdapat insiden berkenaan, kami (FAM) akan bertanya kepada pengadil berkenaan.”
“Adakah ada unsur provokasi namun dia menjawab tiada cuma sentuhan terbabit untuk dapatkan penjelasan saja. Oleh itu, biarkan pengadil membuat keputusan dan dia akan tentukan sentuhan itu adakah kekerasan terhadapnya atau sebaliknya.”
Stuart mengesahkan bahawa, FAM sudah menerima enam aduan tentang mutu pengadilan daripada 99 perlawanan Liga M yang dikendalikan mereka setakat ini.
#BHsukan Stuart Ramalingam berkata ia bergantung kepada niat serta situasi dan bukan kerana tujuan melakukan provokasi atau menyebabkan kecederaan terhadap pihak terbabit.https://t.co/IEaQczg1WB
— Berita Harian (@bharianmy) April 23, 2021
Dengan perjalanan liga yang masih lagi panjang. Sudah pastinya FAM perlu lebih konsisten dalam pengadilan mereka.