Itali 4 Rep Czech 0: Gli Azzuri Beri Isyarat Bakal Jadi Calon Kuat Juara Eropah

Itali memberi isyarat kuat bakal menjadi calon juara Piala Eropah apabila memanjangkan rekod tanpa kalah kepada 23 perlawanan.

Itali merekod kemenangan 100% pada pusingan kelayakan Piala Eropah, mara ke separuh akhir UEFA Nation League yang akan berlangsung pada Oktober nanti dan menang kesemua kelayakan Piala Dunia yang bermula pada tahun ini.

Semua pencapaian baik ini berlaku selepas Itali gagal ke Piala Dunia 2018 apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Sweden.

Skuad Roberto Mancini sekali lagi menang besar menumbangkan Republik Czech 4-0 di Stadium Renato Dall’Ara. Pada perlawanan pemanas badan pertama Itali menewaskan San Marino 7-0.

Pada perlawanan tersebut Mancini hanya menurunkan barisan ke-2 sesuai dengan keupayaan lawan. Kali ini Itali membariskan barisan terkuat kecuali Marco Verratti dan Stefano Sensi yang masih dalam proses pemulihan.

Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini kembali bergandingan di pertahanan tengah selepas tidak bersama sejak 3 perlawanan lepas. Gandingan ini agak jarang dapat bersama selepas Francesco Acerbi mula mendapat kepercayaan Mancini.

Lorenzo Insigne menjaringkan gol ke-3 Itali pada minit ke-66 melalui gaya tipikalnya

Itali mendahului 2-0 pada babak pertama melalui Ciro Immobille dan Nicola Barella. Lorenzo Insigne dan Domenico Berardi menambah duka Repuklik Czech apabila menambah 2 lagi gol pada separuh masa kedua.

Immobille yang tidak menjaringkan sebarang gol antarabangsa sepanjang tahun lepas telah kembali pada masa yang tepat. Pemain berusia 31 tahun ini sudah mencetak 3 gol dalam 4 perlawanan yang dimainkannya.

Situasi itu juga berlaku kepada penyerang kedua Itali, Andrea Belotti-tidak menyumbang sebarang gol pada tahun lepas kini mencetak 2 gol dalam 2 perlawanan pada tahun ini.

Mancini menggunakan 2 aksi pemanas badan dengan baik apabila memberi kesemua 26 pemain yang disenaraikannya bermain kecuali Sensi, Verratti dan Lorenzo Pellegrini.

Pemain muda dari Sassuolo, Giacomo Raspadori yang mencuri perhatian juga diberi 12 minit permainan apabila masuk menggantikan Immobille ketika Itali sudah mendahului 4-0.

Pemain berusia 2i tahun tidak pernah dipanggil oleh Mancini sebelum ini secara tiba-tiba dipanggil untuk menghadapi kejohanan besar.

Dalam perlawanan pagi tadi, Republik Czech tidak memberi sebarang sebarang ancaman kepada Itali, ia menjadi berita baik buat pasukan England.

Analisis Penuh Skuad Piala Eropah England: Muda, Berbakat Dan Seimbang

Republik Czech berada di kumpulan D bersama Croatia, England dan Scotland. Sementara itu bersama Switzerland, Turkey dan Wales di kumpulan A.

Mancini amat gembira dengan perkembangan skuadnya dan positif tentang peluangnya di kejohanan eropah.

“Kami bermain dengan baik dengan pendekatan yang betul. Republik Czech merupakan pasukan yang sangat baik, kami telah mengalahkan mereka dan ini memberi petanda baik.

“Kami adalah pasukan attacking minded dan sentiasa keatas dan bertahan ketika perlu. Keseimbangan itu penting.

“Kami gembira dan berharap mara sejauh mungkin.”- Roberto Mancini

Baca yang lain