Itali: Dari Juara Eropah Terhumban Ke Play Off

Sepatutnya tiada masalah untuk Itali mara secara automatik. Namun sebaliknya pula yang berlaku. Di mana Itali perlu melalui pusingan play off.

Jika gagal di play off, Itali akan menangis lagi seperti mana mereka lalui pada Piala Dunia 2018 apabila Azzurri gagal layak buat pertama kali sejak 1958, pada ketika itu.

Pada 1958, Itali pertama kali gagal ke Piala Dunia. Selepas mereka tewas di tangan Ireland Utara di Belfast.

Dan kali ini Belfast juga menjadi tempat yang membuatkan mereka terhumban ke play off selepas gagal menewaskan pasukan bukan pilihan.

Dipetik daripada Football Italia, Belfast merupakan badi kepada Itali. Di mana mereka belum pernah menang di situ dalam 3 kunjungan terakhir mereka. Dengan 2 seri dan 1 kekalahan.

Dalam aksi malam tadi, Roberto Mancini cuba mencari inspirasi daripada Lorenzo Insigne sebagai false 9. Ini selepas deretan kecederaan yang dihadapi skuadnya.

Namun pemain itu dan juga pemain paling menyerlah pada Euro lalu, Federico Chiesa tetap gagal menghadirkan gol yang mereka cari.

Itali wajib menang perlawanan ini. Kerana pesaing mereka Switzerland hanya di belakang mereka menerusi perbezaan jaringan. Itu adalah kisah sebelum sepak mula.

Switzerland menang bergaya 4-0 ke atas Bulgaria. Memastikan mereka mara dan menyelesaikan tugasan mereka dengan profesional.

Switzerland pastinya meraikan detik bersejarah tersebut. Kerana mereka baru sahaja melepasi kumpulan yang ada juara Eropah.

Itali pula terus bergelut sepanjang malam dan tidak berdaya.

Dalam temasya Eropah yang lalu, isu penyerang utama terus menjadi isu utama Itali. Azzurri masih tercari cari siapakan penyerang yang benar benar bagus sebagai no.9.

Tidak selamanya taktikal dengan false 9 ataupun mengharapkan barisan tengah untuk menjaringkan gol, akan menjadi.

Bola sepak itu bukan sukan yang boleh dimainkan dengan hanya bertahan. Ianya memerlukan gol untuk menang.

Malah pada masa kecederaan, Ireland Utara hampir memalukan juara Eropah itu dengan lebih teruk.

Ini selepas Donnarumma ditewaskan pemain lawan dan membiarkan gol ternganga. Mujur Bonucci sempat melakukan clearance atas garisan.

Siapa sangka, pada Julai lalu Itali dirai sebagai juara Eropah. Dan pada November mereka sedang menerima kritikan dari kiri dan kanan kerana kegagalan layak secara automatik.

Itali kini berisiko untuk terlepas slot ke Qatar 2022. Itu adalah perkara yang paling mereka tidak mahu ianya berlaku terutama sekali selepas terlepas Piala Dunia 2018 yang lalu.

Di mana ketika itu Gianluigi Buffon menangis teresak esak meminta maaf kepada seluruh rakyat Itali.

Baca yang lain