Itali rasminya menjadi juara Euro 2020 selepas menewaskan England dalam aksi yang berlangsung di Wembley.
Perlawanan bermula dengan gol awal oleh Luke Shaw pada minit ke-2 lagi. Di mana Shaw menerima hantaran seorang lagi bek sayap, Kieran Trippier dan melakukan half voli menewaskan Zizan Donnarumma.
Gol itu merupakan gol terpantas dalam sejarah perlawanan final Euro. Ia juga merupakan gol sulung daripada Luke Shaw di peringkat antarabangsa.
1:57 – Luke Shaw's opener was the quickest ever goal scored in the final of the European Championships, as well as his first ever for the England national team. Dream. #ENG #EURO2020 pic.twitter.com/l80WW6f4ZL
— OptaJoe (@OptaJoe) July 11, 2021
Kemudian England memperlahankan tempo permainan mereka, cuba menarik pemain Itali ke kawasan mereka.
Itali menguasai banyak bola, namun sanga lemah pada produk akhir. Banyak hilang bola di final third dan gugup.
England cuba memerangkap Itali dengan serangan balas, tetapi mereka gagal menambah gol pada separuh masa pertama.
England masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan tipis 1-0.
Masuk separuh masa kedua, England meneruskan rentak tak intensif mereka. Itali semakin agreisif menyerang dan menghadirkan ancaman terutama sekali menerusi Chiesa.
Malang sekali pemain itu tidak dapat meneruskan aksi lebih lama kerana kecederaan.
The end of Chiesa's night due to injury.
Big performance on a big night. #Euro2020Final pic.twitter.com/IZO3EUcYxB
— Plaantik (@Plaantik) July 11, 2021
Pada minit ke-51, Insigne melakukan sepakan percuma yang bahaya namun tidak tepat.
Chiesa kemudian melakukan percubaan leret bahaya yang memaksa Pickford melakukan save kelas dunia untuk menafikannya.
Pada minit ke-64, John Stones melakukan tandukan bahaya daripada situasi sepakan penjuru. Tetapi Donnarumma menafikannya.
3 minit kemudian, Itali mendapat sepakan percuma. Dan keadaan kucar kacir di hadapan Pickford, membolehkan Bonucci mengambil kesempatan.
Bermula daripada tandukan kilas Insigne, ianya dihadang Pickford, namun Bonucci berada di depan bola dengan gawang di depanya. GOL!! 1-1.
34 & 71 – Leonardo Bonucci (34 years and 71 days) has become the oldest scorer in a EURO final, beating the previous record of Bernd Hölzenbein in 1976 (30 years and 103 days). Strike.#ItaliaInghilterra #Euro2020Final #EURO2020 #ITAENG pic.twitter.com/0VC6UhTJOZ
— OptaPaolo (@OptaPaolo) July 11, 2021
Pada minit ke-73, Berrardi hampir menambah gol, malangnya beliau gagal menewaskan Pickford yang berjaya mengekkan gawang Tiga Singa bocor lagi. Kelekaan pertahanan terus menghantui England.
Separuh masa kedua berakhir dengan tiada tambahan gol. Bermakna perlawanan diheret ke masa ekstra.
Saka is me having a good few pints for the match and Chiellini is the fact I’ve got work in the morning pic.twitter.com/wyGOGxjabF
— Rudi Kinsella (@RudiKinsella) July 11, 2021
Masa ekstra pertama
Pada babak pertama, Kavin Phillips melakukan voli dari luar kotak penalti yang deras dan mendatar. Namun tersasar.
Minit ke-103, Bernardeschi melalukan percubaan bahaya yang diselamatkan oleh Pickford.
Masa ekstra kedua
Pada babak kedua, Itali memiliki peluang awal menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti. Sekali lagi Pickford bertindak cemerlang menafikannya.
England kemudian mencipta peluang bahaya, namun tiada pemain yang menyudahkannya di hadapan gol.
Pada minit ke-111, Sterling masuk ke byline namun berjaya dahadang oleh Chiellini dengan satu tackle berisiko.
Perlawanan berlanjutan ke penentuan penalti.
Penentuan penalti
Berardi berjaya menewaskan Pickford dengan percubaan yang gagal dibaca penjaga gol England.
Kane tampil menyamakan kedudukan 1-1. Bola beliau berjaya dibaca Donnarumma namun cukup kuat untuk dijangkau.
Belotti kemudian cuba menyepak ke kiri dan ditepis Pickford. Satu lompatan deras daripada penjaga gol England itu dengan tepisan yang keras.
Maguire meletakkan England 2-1 di hadapan dengan sepakan penalti ke top corner.
Leonardo Bonucci turut menyempurnakan sepakannya untuk menjadikan kedudukan 2-2.
Rashford menjadi penyepak ketiga England, namun aksinya yang agak fancy menemui kegagalan. Kekal 2-2 selepas 3 pelaksana dari setiap pasukan.
Bernardeschi menjaringkan sepakan penalti beliau.
Jadon Sancho turut melakukan aktiviti fancy beliau dan ditepis Zizanruma.
Jorginho muncul sebagai pelaksana kelima Itali. Dan kepakarannya diperlukan. Malangnya kali ini Jorginho hop tak menjadi.
Bukayo Saka sedar dia perlu menjaringkan gol ataupun football going Rome.
Sekali lagi Donnarumma melakukan save luar biasa dan memberikan kejuaraan Euro buat Itali.
Italy have now been involved in more penalty shoot-outs than any other nation in European Championship history:
❌ 1980
✅ 2000
❌ 2008
✅ 2012
❌ 2016
✅ 2020
❓ 2020Spot the pattern. 👀 pic.twitter.com/T9jIeRUTOC
— Squawka Football (@Squawka) July 11, 2021