Ivan Toney Mahu Ke Arsenal, Namun The Gunners Buat Tak Tau Je

Ivan Toney sudah menyatakan hasratnya mahu menyertai Arsenal pada Januari ini. Toney yang akan kembali semula beraksi pada bulan ini setelah menjalani penggantungan kerana kesalahan judi, sudah sedia untuk menyertai kelab lebih besar.

Nama pemain itu dikaitkan dengan Arsenal, kerana Mikel Arteta dikatakan meminati pemain tersebut. Kemudian, Arsenal juga benar benar memerlukan mesin gol di posisi serangan.

Buktinya, statistik opta menunjukkan, di kalangan 5 pasukan teratas EPL ketika ini, trio serangan Arsenal paling sedikit gol.

Ivan Toney dianggap solusi kepada masalah Arsenal pada masa ini.

Namun begitu ketika ini Arsenal dilihat tidak memulakan sebarang langkah untuk mendapatkan Toney.

Kenapa?

Ianya gara gara tanda harga yang diletakkan Brentford untuk pemain itu. Di mana Thomas Frank sebelum ini menyatakan bahawa pemain itu seharusnya bernilai sekitar £100 juta.

Arsenal tidak rasa pemain tersebut bernilai sebesar itu. Walaupun sebelum ini mereka sanggup membayar £105 juta untuk Declan Rice.

Seterusnya, Arsenal dikatakan turut memantau bintang Bayer Leverkusen, Boniface yang memiliki tanda harga jauh lebih murah daripada Ivan Toney.

Mikel Arteta sudah memberitahu bahawa pasukannya sedia untuk terus berjuang dan bangkit semula dengan pemain  pemain yang mereka ada.

Beliau tidak terlalu terdesak mahukan pemain baharu pada Januari ini.

Selain itu, Arsenal juga sedang dalam proses mengawal perbelanjaan mereka agar tidak melanggar FFP.

Dengan kelab itu disarankan untuk menjual dahulu sebelum membeli pemain baharu.

Nama pemain seperti Eddie Nketiah antara pemain yang berada dalam senarai yang mungkin akan dijual jika ada tawaran yang baik untuk pemain itu.