J.League: Mampukah Thailand Mengekalkan Jalan Yang Dirintis Oleh Chanatip

Pada musim lepas, 5 pemain Thailand berada di J.League 1. Theerathon Bunmathan (Yokohama F. Marinos), Chanatip Songkrasin (Consadole Sapporo), Thitipan Puangjan (Oita Trinita)

Seorang lagi adalah Nattawut Suksum (FC Tokyo). Bagaimanapun pemain ini hanya diletakkan dalam skuad B-23 yang bermain di J.League 3.

Pada musim sebelumnya Teerasil Dangda sudah berada di Sanfrecce Hiroshima. Membantu pasukan ini menamatkan kempen J.League 1 di tempat ke-2.

Sanfrecce Hiroshima mahu mengekalkan khidmat Dangda tetapi beliau memilih untuk kembali ke Muangthong United kerana isu pembaharuan kontrak.

Safrecce Hiroshima menjadi naib juara J.League 1 pada musim 2018, dibelakang Kawasaki Frontale

Sementara itu Vissel Kobe tidak meneruskan khidmat Bunmathan dan pemain ini berpindah ke Yokohama F. Marinos, juga atas terma pinjaman dari kelab Muangthong United.

Bunmathan meraih kejuaraan J.League 1 bersama Yokohama F. Marinos dan pemain ini terus ditandatangani secara kekal oleh kelab tersebut.

Dangda kembali buat kali ke-2 ke J.League selepas pulang ke Muangthong selama semusim, beliau juga ditandatangani secara kekal oleh Shimizu S-Pulse.

Sebenarnya Chanathip Songkrasin yang menjadi pemain pertama dari Thailand membuat debut dalam kancah saingan tertinggi di Jepun.

Chanathip memberi impak besar tentang pandangan Jepun terhadap pemain Thailand selepas cemerlang bersama Consadole Sapporo

Pemain ini dipijamkan ke Consadole Sapporo pada pertengahan 2017, kemudiannya ditandatangani sebagai pemain kekal setahun kemudian.

Chanathip dipilih sebagai pemain paling bernilai Consadole Sapporo bagi musim 2018. Beliau menerima 11 undi dari 22 rakan sepasukannya.

Thitipan merupakan antara 3 pemain paling digunakan oleh kelab Jepun pada musim 2019, pemain ini juga merupakan penerima gaji tertinggi dalam pasukan (€107,401 semusim).

Namun Thitipan tidak menarik minat kelab pinjamannya untuk menandatanginya secara kekal. Thitipan akan kembali ke Bangkok Glass, pasukan yang disertai oleh Norshahrul Idlan Talaha dari Malaysia.

5 nama pemain Thailand berada di J.League 1 untuk musim 2020. 3 darinya adalah kontrak kekal dan 2 pemain dipinjam.

  •  Chanatip Songkrasing (Cosadole Sapporo/kekal)
  •  Kawin Tamsatchanan (Consadole Sapporo/pinjaman)
  •  Theerathon Bunmathan (Yokohama F. Marinos/kekal)
  •  Teerasil Dangda (Shimizu S-Pulse/kekal)
  •  Tawan Khotrsupho (FC Tokyo/pinjaman)

Tawan Khotrsupho dijangka tidak akan bermain di J.League 1, tetapi hanya diletakan dalam skuad B-23. Pada musim sebelumnya, Tawan merupakan pemain pinjaman Cerezo Osaka yang bermain bersama skuad B-23.

Pergerakan pemain Thailand di J.League

Mungkin Irfan Bachdim menjadi pemain terawal dari Asia Tenggara yang memecah masuk ke J.League 1, namun pemain ini tidak meninggalkan kesan yang signifikan disana.

Irfan hanya tampil 56 minit dalam Piala Emperor’s melalui 1 perlawanan bersama Venforent Kofu.

Sejak 2017, beberapa pemain Thailand mula memecah masuk ke liga terbaik di Asia ini. Ia dimulai dengan Chanathip dan Jakkat WachiWachpirom.

Selepas itu pada musim 2018 terdapat 5 pemain disana, 2019 Thailand mempunyai 4 pemain dan pada musim ini seramai 5 pemain.

Angka ini lebih besar kerana terdapat beberapa pemain lagi pemain Thailand berada di liga lebih rendah seperti J.League 3.

Kebanyakkannya dari pemain ini bermain bersama pasukan B-23 kelab.

Bunmathan bersama Iniesta semusim di Vissel Kobe sebelum menjadi juara bersama Yokohama F. Marinos

3 pencapaian besar belaku apabila Teerasil meraih kejayaan naib juara J.League bersama Sanfrecce Hiroshima, Theerathon menjadi juara bersama Yokohama F. Marinos dan Chanatip menjadi pemain paling bernilai di Consadole Sapporo pada tahun 2018.

Berapa nilai mereka di J.League 1

Merujuk kepada laporan Hatenablog, Sanfrecce Hiroshima pernah memberi gaji tahunan kepada Teerasil sebanyak RM 1.9 juta, merupakan bayaran paling tinggi yang pernah diterima oleh pemain Thailand.

Bayaran yang akan diterima Teerasil bersama Shimizu S-Pulse masih belum didedahkan.

Selepas mendapat kontrak kekal, Chanatip menerima kenaikan dari RM 407 ribu (2018) kepada RM 1.1 juta (2019). Bayaran ini dijangka kekal pada musim ini mengikut tempoh kontrak yang ditandatanganinya.

Sementara itu bayaran baru kepada Theerathon juga masih belum didehakankan. Theerathon mendapat kontrak kekal pada musim ini, beliau menerima bayaran RM 1.1 juta ketika tempoh pinjaman.

Bayaran itu menurun kerana beliau menerima RM 1.6 setahun ketika bersama Vissel Kobe.

Walaupun Thitipan Puangjan hanya menerima gaji tahun sebanyak RM 483 ribu bersama Oita Trinita, ia merupakan gaji tertinggi yang dibayar oleh kelab kepada pemainnya.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan