Jack Grealish: “Haramkan Pemain City Raikan Piala Super Eropah Macam Menang UCL”

Jack Grealish merupakan pemain yang dikenali dengan sikapnya yang suka meraikan kejayaan dengan arak dan berparti.

Namun untuk Piala Super Eropah, dia menyatakan piala tersebut tidak boleh diraikan seperti piala yang lain.

Hal ini kerana mereka selepas ini ada perlawanan EPL menunggu mereka pada Sabtu.

Paling penting adalah, makan dengan teratur dan fokus kepada pemulihan selepas aksi final menentang Sevilla.

Man City menang menerusi penentuan sepakan penalti. Pemain muda Man City, Cole Palmer menyelamatkan Man City pada aksi masa sebenar.

Selepas buntu sepanjang separuh masa pertama untuk mengejar gol pendahuluan Sevilla, menerusi En Neysri, Man City berjaya menyamakan kedudukan menerusi Cole Palmer pada awal separuh masa kedua.

Perlawanan 90 minit berakhir seri 1-1. Dan terus ke penentuan penalti. Di mana Man City melupakan kekalahan di tangan Arsenal menerusi penentuan penalti Perisai Komuniti yang teruk.

Di mana masa itu mereka tewas 1-4 dalam penentuan penalti.

Kulaiti penalti Man City kali ini ternyata luar biasa. Kesemua pemain mereka menyempurnakan tugasan masing masing. Sementara Sevilla berputih mata apabila penalti kelima mereka tidak masuk.

Jack Grealish terus menuai piala bersama Man City selepas kejayaan segar mereka menjulang treble musim lalu.

Grealish ditanya dengan soalan sama ada dia akan meraikan Piala Super Eropah bersama rakan rakannya?

Grealish berkata: “Taklah, haramkan sama sekali meraikan Piala Super Eropah ini daripada meraikannya seperti menang UCL.”

“Kami akan terus pulang ke rumah kami malam ini. Makan makanan yang sihat dan bergembira. Kami ada perlawanan lain selepas ini.. dalam 3 hari lagi rasanya.”

“Pemulihan fizikal, kemudian kembali kepada aksi Liga Perdana Inggeris.”