Jack Ma: Kisah Calon Ke-24 Di-‘reject’ KFC, Kemudiannya Menjadi Manusia Terkaya Di China

Dari ‘zero’ kepada ‘hero’, mungkin itu adalah satu-satunya ungkapan yang sesuai untuk Jack Ma yang hari ini merupakan salah seorang manusia terkaya di China.

Sebelum mendirikan perniagaannya, iaitu Alibaba.com, Jack Ma, hanya seorang guru Bahasa Inggeris.

Di mana sebelum menjadi cikgu, dia telah memohon berpuluh-puluh perkejaan dan seringkali ditolak dan gagal.

Bayangkan Jack Ma pernah menyatakan betapa malangnya dia ketika itu; pada suatu hari, dia mendaftarkan diri meminta kerja di KFC ketika ia pertama kali memasuki China.

Dia adalah adalah calon yang ke-24 ditemuduga. Namun daripada angka itu, KFC menyatakan mereka hanya menawarkan kepada 23 calon sahaja. Mungkin kedengaran ada peluang besar nak diterima kan?

Tak, Jack Ma adalah calon yang ‘satu’ yang gagal itu.

Ma menyatakan dia sudah memohon jawatan di lebih 30 syarikat, tetapi semua syarikat ini menolak permohonannya. Itu yang membuatkannya mengubah arah untuk menjadi guru bahasa Inggeris kerana dia fasih berbahasa Inggeris selain bahasa Mandarin.

Jack Ma atau Ma Yun dilahirkan di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, China pada 15 Oktober 1964.

Jack Ma dibesarkan di sebuah kawasan sederhana di Hangzhou pada tahun 1980-an. Pada masa itu, China baru membuka pintu perdagangan kepada negara-negara barat. Sepanjang hayatnya, dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah.

Seringkali ditolak

Ma ditolak di setiap sekolah, tempat dia ingin belajar. Walaupun sejak sekolah rendah, dia mendapat penolakan kerana dia lemah dalam matematik,  tetapi Ma bertahan dan berjaya.

Sejak berusia 12 hingga 20 tahun, dia menunggang basikalnya selama 40 minit ke sebuah hotel di mana dia bekerja sebagai pemandu pelancong. Sambil bekerja dia juga dapat belajar bahasa Inggeris dengan lebih mendalam.

Lapan tahun berjumpa dengan ramai pelancong asing telah mengubah cara hidupnya.

Ma merasakan dirinya perlu berfikir lebih global – di luar kotak – berbanding kebanyakan orang China yang lain. Apa yang diceritakan oleh pelancong sangat berbeza dengan apa yang telah dipelajari oleh Ma daripada guru dan buku di sekolah.

Ma pertama kali menggunakan internet pada tahun 1995 ketika dia mencari perkataan ‘bir’ dan ‘China’.

Ketika itu Jack Ma ke Amerika Syarikat mewakili pemerintah kota Hangzhou.

Namun pada masa itu, Ma tidak menemui hasil carian yang diharapkan melalui internet. Berbekalkan rasa ingin tahu, dia kemudian membuat laman web untuk perkhidmatan terjemahan bahasa Cina dengan seorang rakan.

Hanya dalam beberapa jam, dia menerima banyak e-mel (e-mail) daripada mereka yang mahu membantunya membina laman web tersebut.

Kejadian ini kemudian menjadi pencetus penubuhan Alibaba Group empat tahun kemudian.

Kunjungan itu menjadi pertemuan Ma dengan impiannya. Dia mengunjungi Silicon Valley untuk melihat banyak kereta yang melintas dan bangunan yang sangat megah. Di situlah dia menemukan semangat juangnya untuk menjadi orang yang berjaya.

Penubuhan Alibaba

Hari ini, alibaba adalah salah sebuah  peruncit dalam talian terbesar dari China dan berada di tempat ketiga di dunia ketika ini dalam senarai yang diketuai Amazon.

Sekembalinya, dari sana, dia mendirikan China Pages, dan kemudian membuat laman web untuk perniagaan China dan merupakan salah satu syarikat Internet pertama di China.

Dia kemudian meninggalkan syarikat itu dua tahun kemudian. Antara lain sebab dia keluar adalah keran persaingan yang kuat dari syarikat komunikasi Hangzhou Telecom kepada Chine Pages.

Dari tahun 1998 hingga 1999, Ma menjadi ketua di sebuah syarikat Internet di Beijing yang disokong oleh Kementerian Perdagangan Luar Negeri dan Kerjasama Ekonomi.

Namun, dia merasa jika dia tetap bersama dengan pemerintah, dia akan kehilangan peluang ekonomi yang dibawa oleh Internet.

Ma memujuk pasukannya di kementerian untuk kembali ke Hangzhou bersamanya dan menubuhkan Kumpulan Alibaba. Ma mahu melancarkan laman web yang memudahkan urusan antara perniagaan kecil.

Ma yakin bahawa pasaran Internet perniagaan kecil ini memiliki potensi pertumbuhan yang lebih besar dengan pasaran menerusi Internet melibatkan peniaga terus kepada pengguna.

Perniagaan kecil membayar yuran keahlian untuk disahkan sebagai penjual yang boleh dipercayai di Alibaba. Bayaran yang lebih besar dikenakan kepada peniaga yang ingin menjual barang kepada pelanggan di luar China.

Laman web pertamanya, Alibaba.com, adalah tempat pertama untuk menghubungkan pengeksport China dengan pembeli luar negara.

Syarikatnya menaik dengan pesat, pada tahun 2005 Alibaba menarik perhatian portal Internet Amerika, Yahoo ! yang membeli 40 peratus kepentingan, dan pada tahun 2007 Alibaba.com mengumpulkan $1.7 bilion dalam penawaran awam awal (IPO) di Hong Kong.

Pada tahun 2003, Ma mewujudkan syarikat baru, Taobao, perniagaan dalam talian pengguna-ke-pengguna (dalam bahasa Cina: “mencari harta karun”).

Pada masa itu, syarikat Amerika eBay, bekerjasama dengan syarikat China EveryNet mendominasi sebanyak 80 peratus daripada pasaran di China.

Tetapi Ma tidak setuju dengan dasar eBay-EveryNet mengenakan yuran transaksi kepada pengguna.

Taobao tidak mengenakan bayaran seperti itu tetapi menghasilkan wang dari iklan dalam talian dan penjualan perkhidmatan tambahan kepada pengguna.

Intuisi Ma ternyata tepat; menjelang tahun 2007 Taobao menguasai 67 peratus pasaran atas talian dan China.

eBay akhirnya melihat Taobao sukar digugat, di mana semaki ramai orang China menyokong mereka. Lalu eBay menjual pemilikan majoriti operasi syarikatnya di China kepada syarikat media TOM Group, yang mewujudkan anak syarikat TOM EveryNet.

Pada tahun 2011 Ma mengumumkan bahawa Taobao akan berpecah menjadi tiga syarikat:

  1. Taobao Marketplace – tempat di mana individu dapat membeli dan menjual barang
  2. Taobao Mall – portal membeli-belah dalam talian – eTao – mesin carian yang berkaitan dengan membeli-belah.

Pada September 2014, Kumpulan Alibaba memulakan IPO di Bursa Saham New York yang mengumpulkan $ 21.8 bilion.

IPO itu adalah yang terbesar di Amerika Syarikat dan memberikan nilai pasaran kepada syarikat $168 bilion, nilai tertinggi dalam sejarah IPO pada ketika itu untuk mana-mana syarikat Internet.

Pada bulan September 2018, Ma akan mengundurkan diri sebagai CEO Alibaba pada tahun berikutnya, walaupun dia akan tetap berada di dalam pentadbiran.

Kejayaan gemilang

Syarikatnya juga dapat menarik pelabur dengan cepat. Berkat kegigihannya, dua laman web Alibaba, Taobao Marketplace dan Tmall.com, kini menguasai sistem portal penghantaran China.

Walaupun tanpa sedikitpun pengetahuan mengenai teknologi dan perkomputeran,  namun Jack Ma dapat menjadi pengasas peruncit dalam talian terbesar di China, menerusi Alibaba Group.

Hasil kejayaan perniagaannya, bekas guru Bahasa Inggeris ini telah berjaya menjadi salah seorang billionaire terkaya di dunia.

Ramai pengusaha telah menggelarnya sebagai “Crazy Jack” kerana idea perniagaannya yang sangat gila dan hebat.

Jack Ma dianggap manusia yang dapat merealisasikan semua idea perniagaannya.

Seorang yang tak suka berlagak dan merendah rendahkan orang lain

Namun Jack Ma sangat rendah diri. Dia tak suka membicarakan kehebatan syarikat, malah dia lebih suka membincangkan soal bagaimana Alibaba dapat menolong banyak pengguna, mencipta pekerjaan dan melayani masyarakat.

Dia lebih memilih untuk memotivasikan orang lain berbanding dengan mengagungkan pendapatannya berjuta dollar dalam sehari. Kerana bagi Ma, setiap orang ada perniagaan mereka dan skala mereka sendiri.

Jadi, tak semestinya perniagaan yang gagal mencapai angka sejuta dollar sehari itu dikira gagal. Alibaba memiliki kapasiti yang berbeza. Namun cara syarikat besar dan peniaga kecil ini bekerja adalah berlandaskan banyak prinsip dan motivasi yang sama – itu yang ditekankan oleh Ma dalam banyak siri taklimat dan forumnya.

Pada bulan Ogos 2014, Jack Ma benar-benar memegang gelaran manusia terkaya di China buat pertama kalinya

Pada masa itu, aset Ma diramalkan akan melonjak naik ketika Alibaba menjual saham pertamanya di AS.

Sudah tentu, IPO yang dipegang Alibaba di bursa saham New York ketika ini memperoleh angka hebat dan mencatat rekod dunia.

Forbes melaporkan bahawa nilai kekayaan Ma pada hari ini adalah US$41.3 billion. Dan beliau kini berada di tangga kedua dalam senarai orang terkaya di China selepas dipintas oleh Ma Huateng.

Huateng adalah Pengerusi Tencent. Ala yang buat game PUBG korang tu.

Rujukan

Britannica
CNBC
Forbes