Jackie Chan Kongsi Kisah Jahilnya Dahulu, Perempuan Dan Arak Menghancurkan Keluarganya

Jackie Chan seringkali digambarkan sebagai individu yang baik dan penyayang. Namun sebenarnya, beliau juga ada sisi gelanya sendiri.

Berkongsi sisi hitamnya dalam buku autobiografinya ‘Never Grow Up’ Jackie Chan mendedahkan bahawa dia seorang kaki pelacur, kaki judi dan kaki botol. Sehingga ada pelacur yang paling dia gemari.

Jackie Chan melawan perasaan malunya sebagai seorang selebriti hanya kerana nafsunya. Dia meniduri ramai pelacur, serta seorang minum minuman keras setiap hari yang dia ibaratkan arak sudah seperti air mineral baginya.

“Saya ingat lagi ketika pertama kali ke kelab malam. Saya malu, sebab orang tahu saya seorang yang terkenal. Wanita wanita datang melayani saya dan saya paling suka dengan seorang [pelacur], si Nombor 9, cantik dan lemah lembut orangnya.”

Namun Jackie Chan menyatakan kesemua kehanyutannya itu lebih membawa kepada kemudaratan. Di mana dia mulai menjadi panas baran dengan isteri dan anaknya sehingga pernah terlibat dalam keganasan rumah tangga.

Paling gila, Jackie Chan mengakui pernah memukul dan membaling anaknya Jaycee, yang ketika itu masih kecil. Ianya kerana dia gagal mengawal emosi selepas bergaduh dengan isterinya Joan Lin.

Bukan itu sahaja, Jackie Chan sedih mengenangkan dia tidak pernah menjemput Jaycee balik dari sekolah sekalipun.

Seterusnya Jackie Chan pernah curang dengan ratu Hong Kong, Elaine Ng. Kesemua itu menjadi penyesalan terbesar dalam hidupnya. Semua itu membuatkan keluarganya berantakan.

Selain itu, satu lagi penyesalan Jackie Chan adalah tidak pernah serius dalam pelajaran. Dia tidak suka membaca, menulis dan bencikan matematik. Dia lebih banyak ketawa dan bergurau senda ketika di sekolah.

Sebaik sahaja dia mendapat kerja dalam bidang lakonan, dia mulai boros dan menghabiskan duitnya pada minuman keras. Dia mengibaratkan dia mulai merasakan dirinya mahu membalas dendam kepada masa sukarnya dahulu dengan kekayaan yang dia miliki.

Jackie Chan sangat boros dan pernah menghabiskan RM250,000 dalam masa beberapa minit.

Jackie Chan kemudian banyak berubah ketika dia semakin berusia. Kini dia bersama dengan isterinya Lin Feng-jiao.

Dia memulakan karier lakonan seawal usia 5 tahun. Dan namanya melonjak naik ketika menjadi sebahagian daripada Seven Little Fortunes yang turut ada Sammo Hung dan Yuen Biao.

Beliau kemudian menjadi bintang global dengan filem filem popular di antarabangsa seperti A Touch of Zen, Enter the Dragon, All in the Family, Insiden Shinjuku, Fist of Fury, Drunken Master, Drunken Master, Police Story, Rogue, City Hunter, Rumble in the Bronx, Rush Hour dan Shanghai Noon serta banyak lagi.

Jackie Chan kini memiliki kekayaan sekitar US$350 juta dan menjadi legenda perfileman dunia.

Baca yang lain