Berjuta-juta kanak-kanak didalam dunia ini mempunyai impian untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
Bagi mencapai cita-cita mereka untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya, bakat sahaja tidak mencukupi.
Sokongan dan dorongan dari keluarga juga sangat penting dalam merealisasikan impian itu.
Terdapat banyak Pusat Akademi bola sepak di seluruh dunia ini. Dari akademi lah akan lahir pemain yang berbakat satu hari nanti.
Setiap akademi pasti ada ciri pemain yang mereka inginkan untuk diasah bakatnya dan menjadikan pemain itu sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Tetapi apakah ciri-ciri pemain muda yang dicari oleh pasukan seperti Liverpool untuk dibawa masuk?
Terkini jelas dilihat Liverpool sudah mula membawa masuk pemain muda yang berkualiti dan menggilap bakat mereka untuk menjadi bintang seperti Callum Elliot dan Van Der Berg yang di bawa masuk ketika jendela perpindahan awal musim lalu.
Ciri Pemain Muda Yang Dicari
Ketua operasi Akademi Bola Sepak Liverpool Nick Marshall, menjelaskan apa yang Reds dan kakitangan bimbingan mereka mahu lihat ketika ingin menanda tangani mana-mana pemain muda untuk dibawa kedalam pasukan.
“Terdapat empat ciri-ciri serta sikap umumnya yang akan dicari oleh kelab dan jurulatih, dan saya selalu menggunakannya untuk mengenal pasti kemajuan dan kejayaan pemain,” katanya sebelum ini.
“Untuk berjaya, pemain muda secara amnya perlu memiliki tiga daripada empat ciri berkenaan, dan mereka harus sekurang-kurangnya 9/10 dari apa yang kami mahu atau setidak tidaknya mereka harus mendapatkan salah satu daripada itu untuk mereka benar-benar menonjol”.
-Ciri-ciri teknikal untuk posisi
-Bijak membaca taktkal (kecerdasan bola sepak)
-Ciri-ciri psikologi, sosial dan mental
-Ciri-ciri fizikal
“Sekiranya anda melihat atlet terbaik tidak kira di dalam sukan apa sekalipon, anda pasti akan lihat bahawa mereka pasti mempunyai tiga dari empat ciri-ciri yang disenaraikan itu.
Mereka bukan sahaja memiliki ciri-ciri itu bahkan ianya sangat kuat didalam diri mereka. Dan jika ada yang mempunyai kesemua empat ciri itu anda pasti akan ketawa.
Antara Tugasan Dan Orang Penting Didalam Akademi
Nick Marshall menyertai Akademi Liverpool pada tahun 2014 yang mana pada sebelom itu beliau telah menghabiskan lebih dari 20 tahun didalam dunia persepak bolaan dan bekerja untuk Barnsley dan Leeds United sebagai jurulatih dan bersama Nottingham Forest sebagai pengurus akademi mereka.
Peranannya dalam Kirkby adalah melibatkan kerjasama rapat antara beliau dengan kakitangan untuk memberikan Segala jenis sokongan yang diperlukan agar mereka dapat memberikan khidmat kejurulatihan bertaraf dunia.
Marshall juga bertanggungjawab melaksanakan plan prestasi pemain elit dan bekerja dengan pasukan pengrekrutan pemain.
Sementara itu, Alex Inglethorpe telah menjelaskan kepada ECHO bagaimana sistem itu berfungsi.
Pengarah Akademi mempunyai papan magnet gergasi Yang dilekatkan di dinding di pejabatnya yang mana tertulis segala data penting tentang setiap pemain di Akademi.
Mereka dibahagikan mengikut kategori umur mereka. Bermula dari bawah 9 tahun hingga ke bawah-23 tahun.
Inglethorpe sangat peka tentang segala butiran pemain. Kerana itu lah sejak Inglethorpe mengambil alih jawatan itu lebih kurang 5 tahun lalu beliau telah memberi penekanan yang lebih kearah kualiti dan bukannya kuantiti.
Menurutnya, Semakin muda skuad itu,semakin tinggi bilangan pemain yang ada. Apabila bar akan dinaikkan, hanya yang terbaik akan kekal.
“Bilangan pemain dibawah 9 tahun dan 10 tahun adalah sama ramai tetapi apabila mereka di serap masuk bermain untuk pasukan dibawah usia 14 tahun jumlah pemain semakin berkurang”.katanya sebelum ini kepada ECHO.
“Ini keadaan yang jauh lebih sihat dengan apa yang sudah dicapai hari ini.”
Ian Barrigan,adalah individu yang bertanggungjawab untuk menandatangani Trent Alexander-Arnold lebih daripada satu dekad yang lalu, dan kini beliau adalah ketua pengambilan pra-Akademi.
Secara dasarnya mereka sedaya upaya mencuba memastikan bahawa ibu bapa yang mempunya anak berumur tujuh dan lapan tahun dan berbakat di kawasan itu melihat Akademi Kirkby sebagai tempat terbaik untuk anak-anak mereka meneruskan pembangunan dalam sukan bola sepak.
Untuk kategori dibawah umur 9 tahun adalah kumpulan umur pertama di mana anak-anak muda boleh berdaftar secara rasmi kepada LFC. Sebelum itu mereka berhak berlatih dan bermain untuk apa-apa kelab yang lain.
“Pra-Akademi bagi kami adalah mengenai bagaimana untuk mendidik ibu bapa tentang mengapa Liverpool menjadi pilihan yang tepat untuk dipilih disamping itu kami juga mencuba untuk mendapatkan bakat terbaik di North West,” kata Inglethorpe.
“Bidang kuasa kerja kami adalah bidang yang sangat penting. Anda perlu melakukannya dengan sebaik mungkin pada peringkat akar umbi lagi. “
Undang-undang dasar menyatakan bahawa kelab hanya boleh mengambil pemain muda dibawah usia 11 tahun hanya untuk mereka yang tinggal disekitar kawasan yang mana jaraknya akan mengambil masa satu jam pemanduan dari akademi.
Untuk kategori di atas usia 11 tahun jaraknya meningkat hingga satu ke satu jam setengah perjalanan memandu bermula dari akademi.
“Kanak-kanak berbakat tidak perlu menghabiskan sejumlah masa yang tidak masuk akan di jalan raya untuk sampai ke akademi dan mungkij akan mengorbankan persekolahan mereka. Jadi bagi saya ia adalah undang-undang yang masuk akal.”kata Inglethorpe.
“Sebagai sebuah Akademi, kita akan mula Untuk mencuba menjadi jauh lebih baik dalam menilai pemain untuk tempoh jangka masa yang panjang”.
“Saya sangat gembira dengan fasa pra-Akademi dan fasa asas. Kami telah mendapat beberapa pemain hebat yang telah datang sertai kami”.
“Saya terkejut dengan beberapa kualiti yang kami ada dalam fasa pembangunan belia dan saya yakin bahawa akan ada beberapa pemain muda ini bakal bermain untuk pasukan utama di masa akan datang, saya sangat yakin dan pasti”. Jelas beliau.