Video seorang gadis Isabella Guzman tersenyum manis ketika dibicarakan pernah tular.
Malah ada yang memuji kecomelan gadis itu. Tanpa mereka tahu bahawa sebenarnya Isabella Guzman ketika itu dibicarakan atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya sendiri.
Menurut CNN, pada 5 September 2013, gadis dari Colorado, Amerika Syarikat itu menghadapi pertuduhan pembunuhan darjah pertama.
Guzman dituduh menikam ibunya sebanyak 79 kali di muka dan leher di bilik mandi rumah mereka.
Gadis yang nama penuhnya Isabella Yun-Mi Guzman (18) ditahan tanpa jaminan di Penjara Arapahoe pada 28 Ogos 2013 kerana menikam ibunya, Yun-Mi Hoy (47) hingga mati.
Ayah tiri remaja itu, Ryan Hoy, memberitahu pihak berkuasa bahawa Guzman dan ibunya telah banyak bertengkar, tetapi Guzman meludah di wajah ibunya.
Keadaan menjadi “lebih tegang dan dia semakin tidak menghormati ibunya” pada hari-hari menjelang pembunuhan itu. Menurut kenyataan ayahnya ketika penangkapan dibuat.
Isabella ugut ibunya
Hoy memberitahu polis bahawa isterinya menunjukkan e-mel yang didakwa dikirim oleh Guzman pada pagi hari pembunuhan itu, yang tertera tulisan, “Kamu akan membayar.”
E-mel tersebut mendorong Yun-Mi Hoy menghubungi polis pada hari itu dan meminta mereka datang ke rumahnya kerana anak perempuannya mengancam akan mencederakannya.
Isabella Guzman dikelaskan sebagai kanak kanak pembunuh dengan ada simptom skizofrenia paranoid.
Setelah berbincang dengan Yun-Mi Hoy dan Guzman, pegawai polis yang datang ke rumah mereka dan mendapati menang ada “masalah keluarga yang sedang berlaku di antara mereka dan nampaknya ia telah diselesaikan pada hari itu,” menurut dokumen pengadilan.
Ryan Hoy memberitahu pihak berkuasa bahawa setelah pegawai polis pergi, Guzman pergi ke bilik tidurnya dan mengurung dirinya di sana sepanjang malam sementara ibunya kembali bekerja.
Malah beberapa jam sebelum pembunuhan, ayah kandungnya sempat mengunjunginya dan menasihati Isabella agar dia menghormati ibu dan ayah tirinya.
Dia tak sangka anaknya itu akan melakukan sesuatu yang dahsuay pada malam itu.
Isabella menikam ibunya
Ketika Yun-Mi Hoy tiba di rumah sekitar jam 9:30 malam, Ryan Hoy menyuruh isterinya itu pergi ke tingkat atas untuk mandi.
Dia kemudian “mendengar suara cemas dari atas dan isterinya memanggil namanya,” menurut afidavit itu.
Hoy memberitahu pihak berkuasa bahawa ketika dia berusaha membuka pintu bilik mandi, Guzman menghadang pintu itu dengan punggungnya.
Hoy mengatakan dia kemudian turun, menelefon 911 dan memberitahu operator bahawa “isteri dan anak perempuannya berada di bilik mandi dan dia dapat melihat darah mengalir dari bawah pintu ke bilik mandi.”
Ketika polis tiba di rumah, mereka mendapati mayat Yun-Mi Hoy terbaring di lantai bilik mandi berlumuran darah dengan pelbagai luka dan tusukan.
Dia disahkan mati di tempat kejadian pada pukul 22:28 waktu tempatan.
Autopsi menunjukkan dia mengalami 31 luka tikaman di wajah dan 48 luka tikaman di leher. Guzman ditangkap di garaj parkir oleh polis bandar Aurora.
Walaupun pada mulanya didakwa dengan pembunuhan peringkat pertama, mahkamah akhirnya mendapati Guzman tidak bersalah kerana keadaan mentalnya, dan dia dihantar ke hospital mental untuk pemeriksaan.
Dia sempat tersenyum semasa perbicaraan.
Menurut Daily Mail, wanita itu kemudian dihantar ke Institut Kesihatan Mental Colorado di Pueblo kerana diagnosis menunjukkan bahawa dia menderita sakit mental.
Dr. Richard Pounds yang mengendalikan diagnosis mental Guzman memberikan keterangan di mahkamah menyatakan bahawa Isabella Guzman didiagnosis menderita skizofrenia paranoid.
Richards berkata: “Pandangannya kosong, dia berbicara dengan seseorang yang tidak ada di sana, dan tertawa sendirian.”
Malah dalam perbicaraan tersebut, Isabella Guzman dilihat tersenyum senyum seolah olah tiada apa yang berlaku. Dan kemudian dia menunjukkan kesedihannya mendengar ibunya sudah mati di tangannya. Keaaan mentalnya bercelaru.
isabella guzman
thread
cr: tribun manadopic.twitter.com/kqDaoYdg7g
— #🍑miss (@taebabiesy) September 7, 2020
Isabella disarankan agar dimasukkan ke hospital mental selama-lamanya.
Dr. Richard mengatakan bahawa dia akan terus menjalani rawatan sehingga pasukan doktor menyatakan bahawa dia bukan lagi risiko atau ancaman terhadap dirinya atau lingkungan.
“Mungkin setahun, dua tahun. Ini mungkin sepanjang hidupnya,” katanya.
Skizofrenia paranoid adalah sejenis skizofrenia di mana pengidapnya akan muncul gejala seperti seperti khayalan (kepercayaan pada sesuatu yang tidak nyata) dan halusinasi.
Walaupun boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja, keadaan ini lebih kerap dialami oleh orang yang berumur 18-30 tahun.
Skizofrenia paranoid adalah jenis skizofrenia yang paling biasa. Umumnya, penghidap skizofrenia paranoid akan mengalami kecurigaan, kembimbangan, atau ketakutan terhadap sesuatu yang tidak nyata.
Mereka terasa seperti diperintahkan, dikejar, atau dikendalikan oleh orang lain, dan halusinasi pendengaran adalah gejala yang sering dialami penderita ini.
Ini seterusnya mempengaruhi cara dia berfikir dan berkelakuan.
Skizofrenia paranoid adalah penyakit sepanjang hayat. Namun, dengan bantuan doktor dan rawatan rutin, gejala skizofrenia paranoid dapat diatasi dan penghidapnya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan mereka.
Oleh sebab itulah Dr Richard tidak meletakkan tarikh spesifik, bila Isabella akan pulih. Dan dia sebenarnya sangat bahaya kerana caranya berfikir ketika halusinasi boleh menyebabkan kematian.