Ingat lagi insiden Pogba dengan Mourinho? Atau detik Ronaldo secara terbuka mengutuk Ten Hag dalam wawancara Piers Morgan? Terbaru Jadon Sancho tampil mempertahankan dirinya dengan kenyataan yang seolah olah menganggap Ten Hag sebagai tidak tepat atau bahasa kasarnya membongak.
Sancho and Ten hag during the next training session:
pic.twitter.com/C3IZfe5DI0— FINN🇮🇸 (@IcecoldMartial) September 3, 2023
Bagaimana ianya bermula?
Ianya bermula apabila Ten Hag secara terbuka menganggap Sancho tidak menepati kualiti yang dia mahukan di latihan yang membuatkan pemain itu disisihkan daripada perlawanan menentang Arsenal.
Wartawan ingin tahu sama ada Sancho atau Scott McTominay tidak cergas untuk beraksi menentang Arsenal?
Ten Hag berkata: “Taklah, hanya Scott yang sakit. Dan Jadon [Sancho], kerana prestasi [tidak memuaskan] dia di latihan membuatkan kami tidak memilihnya pada aksi kali ini.”
Wartawan kemudian menegaskan bahawa bukankah sebelum ini Ten Hag memuji kualiti Sancho di sesi latihan. Adakah pemain itu mulai bermasalah disiplin?
Ten Hag menjelaskan bahawa: “Taklah! Kamu harus mencapai standard terbaik di Manchester United.”
'On his performance in training, we didn't select him!' | Erik ten Hag on why Sancho was dropped#sancho #jadonsancho #eriktenhag pic.twitter.com/iyWOYAvzbU
— BeanymanSports (@BeanymanSports) September 3, 2023
Kenyataan Ten Hag itu kurang disenangi Jadon Sancho yang kemudian membidas kembali Ten Hag menerusi satu kenyataan rasmi secara peribadi.
Sancho berkata dia sudah lama menjadi kambing hitam.
“Tolonglah jangan percaya dengan semua yang kamu baca! Saya tak akan membenarkan mereka menyebut perkara yang tidak benar sama sekali. Saya telah menjalani latihan yang sangat baik minggu ini.”
“Saya percaya ada alasan lain untuk perkara ini yang saya tak akan sebutkanya lebih lagi.”
“Saya telah menjadi kambing hitam sejak sekian lama, di mana ianya adalah tak adil.”
“Apa yang saya mahukan hanyalah bermain bola sepak dengan senyuman di wajah saya dan menyumbang kepada pasukan.”
“Saya menghormati semua keputusan yang dibuat oleh staf kejurulatihan, saya bermain dengan pemain pemain luar biasa dan sangat bertuah untuk melakukannya. Di mana saya tahu setiap minggu adalah cabaran.”
“Saya akan terus berjuang untuk lencana ini tidak kira apa yang berlaku,” luah pemain itu.
🗣️ Jadon Sancho says he has been “a scapegoat for a long time” after Erik ten Hag said he missed the Arsenal game because of his “performance in training”. pic.twitter.com/55yuhAWWtH
— Ben Jacobs (@JacobsBen) September 3, 2023
Peminat Man United berbelah bagi pandangan dalam perkara ini. Ada menganggap Sancho tidak perlu memberikan reaksi seperti itu secara terbuka.
Dan mereka juga mengimbas kembali kenyataan Southgate sebelum ini yang menegaskan bahawa komitmen tidak sepenuhnya Sancho di kem latihan England membuatkan dia kehilangan tempat sebagai pemain kesebelasan utama.
Southgate ketika itu berkata: “Sancho akan dikurangkan penglibatannya dalam aksi Euro 2020, bukan kerana dia kurang minit di peringkat kelab namun ini kerana prestasinya di pusat latihan yang tidak memuaskan.”
Seterusnya, mereka turut berkongsi beberapa berita tentang Sancho yang pernah ponteng latihan ketika di Dortmund dan Man City.
Ladies and Gentlemen, JADON SANCHO pic.twitter.com/wS8NXsdXMe
— Tosin Akingba™ (@venusakingba) September 3, 2023
Ada juga mempertahankan Sancho kerana menurut mereka Ten Hag juga harus lebih bijak menutup cerita di bilik persalinan pasukan.
Mereka juga faham kenapa Sancho kecewa dengan Ten Hag, kerana berterusan disisihkan di United sedangkan Antony terus diberikan peluang bermain tidak kira dia beraksi baik atau tak.
Sebelum ini Cristiano Ronaldo pernah tidak sehaluan dengan Ten Hag. Di mana CR7 berkata: “Saya tidak akan pernah hormat lagi kepada Ten Hag kerana dia tak pernah menghormati saya.”
Kenyataan yang mebuatkan Abang Do disingkirkan dari United dengan ditamatkan kontrak.
Peminat berharap isu antara Sancho dan Ten Hag ini dijernihkan segera. Kerana mereka yakin bahawa Sancho dan Ten Hag boleh membentuk gandingan bersama.