Ketegangan Jadon Sancho dengan pengurusan Man United terus memuncak. Terbaru pemain itu menerima satu lagi tamparan hebat. Apabila dia ditendang daripada kumpulan WhatsaApp skuad Manchester United.
Ianya kerana Sancho dianggap toksik dalam pasukan. Dan dia tidak berhak berada dalam kumpulan tersebut. Dikhuatiri dia akan memberikan impak negatif.
Sancho tidak sehaluan dengan Ten Hag selepas kekalahan 3-1 United di tangan Arsenal pada September. Pemain itu dengan terbuka menuduh Erik Ten Hag sebagai penipu ketika pengurus itu menjelaskan Sancho tidak berada dalam pasukan kerana tidak menunjukkan prestasi memuaskan di pusat latihan.
Sancho kemudian menyindir Ten Hag sebagai mencari kambing hitam untuk mengelak perhatian media ke atas pengurus itu selepas kekalahan di tangan Arsenal. Lebih mengejutkan Sancho menyatakan dia sudah lama menjadi kambing hitam Ten Hag.
Kenyataan itu membuatkan Ten Hag bengang dan membekukan pemain itu. Dia dilarang berlatih dan bermain bersama skuad utama. Sancho diberikan peluang untuk meminta maaf. Dia tak mahu melakukannya.
Membuatkan hukuman lanjut dibuat iaitu larangan berada di dewan makan pasukan. Dia diarahkan menggunakan fasiliti pasukan pembangunan termasuk parkir. Namun dia dilarang berada di bilik persalinan bersama pemain remaja lain kerana risau pengaruh negatifnya.
Ten Hag menunggu permohonan maaf Sancho. Dan jika pemain itu kembali ke dalam pasukan selepas memohon maaf dia perlu melapor diri sejam lebih awal daripada waktu latihan rasmi dan diminta hadir ke semua taklimat pasukan.
Sumber dari UK menyebut, Sancho kerap tidak hadir atau lewat ke sesi taklimat pasukan. Dia juga seringkali lewat ke sesi latihan. Masalah disiplin itu dia buat sejak di City dan Dortmund lagi.
Kini sudah 2 bulan Sancho diberikan peluang untuk meminta maaf dan dia masih membisu. Akhirnya dia ditendang daripada kumpulan WhatsApp pasukan.
🚨 Jadon Sancho has been axed from Manchester United's WhatsApp group.
(Source: Sun Sport) pic.twitter.com/3hjmC6H8T4
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 7, 2023
Sebenarnya sudah ada beberapa rakan rapatnya di United menasihatinya agar meminta maaf sahaja demi kepentingan pasukan. Tetapi Sancho memberitahu mereka dia berhak bersuara secara terbuka kerana pengurus pun mengkritiknya secara terbuka.
Masa depan Sancho kini benar benar tidak menentu. Ten Hag sudah memberitahu kelab bahawa dia sedia menjual pemain itu pada Januari akan datang.