Piala FA Inggeris sudah memasuki pusingan kelima. Di mana dalam pusingan keempat sebelum ini pasukan seperti Liverpool dan Chelsea disingkirkan daripada pertandingan.
Untuk pusingan kelima kami ini, ada VAR yang akan digunakan dalam perlawanan.
Plymouth Argyle yang menyingkirkan Liverpool pada pusingan keempat akan berdepan dengan juara bertahan EPL, Manchester City di Etihad.
Sementara itu, ada 2 pertemuan sesama pasukan EPL sudah disahkan melibatkan Newcastle vs Brighton serta Bournemouth vs Wolverhampton Wanderers.
Satu lagi aksi juga berpotensi antara 2 kelab Inggeris jika Forest berjaya mengatasi Exeter, kerana lawan yang menunggu adalah Ipswich Town.
Aksi lain menyaksikan Manchester United akan berdepan dengan Fulham. Adama Traore ada satu lagi peluang untuk dia membuktikan kualitinya berdepan United.
Sebelum ini pemain itu menjadi bahan peminat kerana 2 kali sudah terciduk di tangan Lisandro Martinez dan rakan rakan. Cuma kali ini Martinez tidak akan beraksi.
Semua aksi pusingan kelima ini akan dimainkan pada minggu pertama bulan Mac akan datang.
Ini adalah jadual penuh pusingan kelima: