Jadual EPL Dikeluarkan, Palace v Arsenal Pada Aksi Sepak Mula Pertama

Erling Haaland bersedia untuk membuat penampilan sulung dalam Liga Perdana menentang West Ham United, dengan Manchester City akan menentang Hammers pada minggu pembukaan musim ini.

Peminat pastinya teruja untuk melihat penampilan pertama Haaland, dan ia sepatutnya dalam perlawanan pembukaan menentang pasukan David Moyes, ketika juara Pep Guardiola bertandang ke Stadium Olimpik.

Begitu juga, peminat juga mahu melihat debut Darwin Nunez membuat penampilan sulung liganya untuk Liverpool, menentang Fulham yang baru dinaikkan pangkat.

Namun Haaland dan Nunez sebenarnya berpeluang membuat perhitungan dalam aksi Perisai Komuniti.

Perlawanan lain, Manchester United melayan Brighton. Manakala Leeds United mengalu-alukan kedatangan Wolves, Brentford bertandang ke Leicester City, Tottenham Hotspur berdepan Southampton dan Frank Lampard sekali lagi akan reunion dengan Chelsea.

Arsenal akan bertemu dengan Palace pada minggu pembukaan. Perlawanan yang sentiasa menjadi sukar buat Arsenal dalam beberapa musim kebelakangan ini. Aksi ini akan diadakan pada Jumaat, sehari lebih awal daripada hari bola sepak yang biasanya pada Sabtu.

Pasukan yang baru dinaikkan pangkat Nottingham Forest dan Bournemouth kedua-duanya menentang pasukan yang dianggap kuat iaitu Newcastle United dan Aston Villa.

Musim ini sememangnya agak berbeza, dengan rehat untuk Piala Dunia akan diletakkan ketika pertengahan kepen dan jadual yang sangat padat pada separuh kedua kempen.

Perlawanan akan dimainkan sehingga 13 November dan kemudian mereka akan berhenti seketika, untuk pasukan antarabangsa bersiap sedia untuk Piala Dunia.

Perlawanan pembukaan, termasuk perlawanan pertama England, hanya lapan hari kemudian pada 21 November.

Perlawanan pusingan akhir Piala Dunia di Qatar akan berlangsung pada 18 Disember.

Tiada aksi Hari Boxing Day (26 Disember) dan juga Tahun Baru. Kerana EPL memutuskan untuk memberikan rehat.

Aksi bola sepak akan disambung semula pada 7 dan 8 Januari 2023.

Hari terakhir musim ini ialah pada 28 Mei, dan peminat akan mengharapkan lebih banyak drama seperti mana City dan Liverpool bersaing sehingga wisel penamat tahun ini.

Juara bertahan akan menentang Brentford pada hari Ahad itu, manakala Liverpool akan menentang Southampton, kedua-duanya bermain di tempat lawan menentang lawan mereka.

 

Baca yang lain