Jakarta Bakal Wujudkan ‘Drive-In Cinema’

Dengan keadaan pandemik yang melanda dunia pada ketika ini, panggung wayang merupakan antara tempat yang tidak dapat beroperasi.

Ramai kaki wayang terpaksa melupakan skrin besar di panggung dan melayan filem terbitan laman penstriman seperti Netflix, VIU, Iflix dan sebagainya.

Indonesia mengambil langkah pro aktif dengan inisiatif mewujudkan panggung wayang pandu masuk / “Drive-In Cinema” di Jakarta.

Perkara itu disahkan sendiri oleh jurucakap Ergo and Co., Adam Haziq kepada Kompas. Idea ini masih dalam perbincangan dan masih meneliti undang undang di Indonesia.

Jika direalisasikan kelak, bermakna para penonton akan memandu masuk kereta ke dalam panggung yang lapang dan menonton filem dari dalam kereta.

Adam Haziq menjelaskan: “Mungkin dengan cara membawa kereta, penonton tidak perlu keluar kereta untuk disanitasikan. Pembelian tiket boleh dibuat secara dalam talian dan mereka hanya perlu menunjukkan barcode sahaja,” kata Adam.

Konsep “Drive-In Cinema” ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan di negara luar negara. Namun untuk negara di Asia Tenggara, ianya adalah sesuatu yang baharu.

Ternyata ramai yang menyambut baik idea tersebut kerana mahu melepaskan rindu mahu menonton wayang.

Ketika ini di Korea Selatan, panggung wayang pandu masuk ini menjadi pilihan warga di sana untuk mengelakkan virus.

Industri panggung wayang pandu lalu di Korea Selatan dan Dubai telah mendapat manfaat yang tinggi daripada situasi semasa ini. Di mana mereka meningkatkan lagi jualan tiket berbanding dengan sebelum ini.

Idea ini sangat baik berdasarkan situasi yang melanda dunia pada hari ini.

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang