Jake Paul Kehairanan Ditanya: ‘Adakah Dia Rasis Kerana Menumbangkan Nate Johnson?’

Jake Paul merupakan selebriti YouTube dan juga petinju yang seringkali terlibat dalam acara besar.

Terbaru Jake Paul menewaskan Nate Robinson. Dan dia ditemuramah dalam satu program.

Jake Paul ternyata keliru dengan soalan tersebut yang mulanya dia anggap gurauan. Di mana soalan tersebut berbunyi: “Adakah dia rasis dengan menumbuk Nate Robinson sampai tersungkur?”

Paul bertemu dengan bekas pemain NBA, Nate Robinson dalam undercard pada cara kad utam Mike Tyson vs Roy Jones Jr.

Dan Paul menang pada pusingan kedua. Paul muncul dalam temuramah dalam  ‘Cari & Jemele (won’t) Stick To Sports’ di saluran Vice TV.

Jake bersembang sembang dengan Jemele Hill dan Cari Champion. Dan kedua dua pengacara itu cuba menyelit unsur jenaka.

Hill berkata: “Ini adalah soalan pilihan kita minggu ini. Kita semua nampak apa yang kau lakukan pada Nate Robinson, jadi macam ni Paul, saya nak tanya Jake Paul sendiri pada hari ini, di hadapan seluruh rakyat Amerika, tak kira di mana kamu berada sekarang dengan membicangkan isu perkauman di Amerika – adakah apa yang kamu lakukan kepada Nate Robinson dikira rasis?

Paul kekeliruan dan menganggap ianya soalan main main.

“Nahhhh, jangan main main dengan saya la,” tegas Paul.

Hill mencelah: “Ini masa sensitif sekarang. Kita baru menyaksikan lelaki kulit putih menumbangkan lelaki kulit hitam di hadapan seluruh Amerika. Sebab tu saya tanya kamu.”

“Beritahu kami cepat, kerana kelihatannya Nate tertidur sebelum dia terhempas di atas kanvas.”

Paul menjawab: “Itulah sebabnya kami berlatih. Akhir sekali, tinju hanyalah sukan dan kami berlatih untuk menang. Saya masuk ke gelanggang dan bekerja keras untuk menang.”

“Nate yang terlebih dahulu mencabar saya sebenarnya.”

Cari Champion kemudian mengulangi soalan pilihan minggu ini: “Pertama sekali, adakah rasis untuk menumbangkan lelaki kulit hitam? Itu soalan kita minggu ini.”

Ketika Cari berterusan mencari jawapan dan menekan Paul, akhirnya dia menjawab: “Sebabnya macam ni, bagaimana semua benda kita nak kaitkan dengan perkauman? Itu bukan [rasis].”

Kedua dua pengacara itu dihentam teruk di Twitter kerana soalan dianggap bodoh seperti itu. Sedangkan sekarang ini di seluruh dunia tengah panas isu perkauman.

Namun mereka kemudian menjelaskan, mereka sengaja troll Jake Paul dan sudah meminta kebenaran penerbit.

Netizen juga memuji Jake Paul yang tak termakan dengan troll sebegitu dan kalau silap haribulan mungkin buruk padahnya kepada Jake Paul, sama ada kepada kariernya dan juga keselamatannya.

Kekadang nak troll pun kenalah cari soalan bijak kan?

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.