Jake Paul percaya Mike Tyson menolak cabarannya untuk bertinju kerana Tyson risau akan membuatkan Paul KO.
Dalam erti kata lain, Jake merasakan Mike Tyson memandang rendah kepada kemampuannya.
“Dia fikir dia akan meng-K.O-kan saya, itulah alasan dia tak nak bertinju dengan saya. Dia tak nak saya sakit kot.”
“Dia tak tahu betapa bagusnya saya. Jika dia sedar akan kehebatan saya, saya percaya dia akan menerima cabaran saya.”
“Saya cadangkan dia menonton aksi tinju saya, itu boleh membantunya.”
“Dan saya percaya, saya yang ada peluang lebih besar [untuk membuatkan Tyson K.O].”
Paul kini sedang berusaha memperbaiki rekod tinju profesionalnya kepada 6-0 apabila dia akan menentang rakan satu gym latihannya iaitu Hasim Rahman Jr., anak kepada legenda tinju Hasim Rahman.
Mereka menjadi kawan baik sejak 2020 ketika berada dalam acara PPV yang sama, pada kad pertarungan berbeza.
Per Corby, Paul and Tyson have been friends since they competed on the same pay-per-view card in 2020.
Jake Paul menegaskan dia tidak bergurau atau bercakap besar / trash talk ketika menyatakan keyakinannya untuk meng-K.O-kan Mike Tyson.
Paul menambah: “Saya akan menang lawan Tyson. saya seorang yang sangat bagus, ianya delusi penuh keyakinan yang menjadi satu kuasa luar biasa.”
🔔 | Jake Paul claims he could knock out Mike Tyson https://t.co/Z50048EQmC
— SPORTbible News (@SportBibleNews) January 20, 2023
“Saya suka dengan Mike Tyson dan saya suka dengan keluarganya. Saya sayangkan dia sebagai lelaki yang sangat baik. Seorang yang mulia pernah membantu saya dulu untuk berada di bawah ‘sayapnya’.”
“Saya banyak terhutang budi kepadanya, dan mahu memberikan dia sejuta kredit kerana membantu saya memulakan karier tinju saya dengan pertarungan menentang Nate Robinson, dalam salah satu kad pada acaranya.”
Ketika itu ramai yang mengecam Jake Paul sebagai syok sendiri. Namun Tyson mempertahankan Paul. Tyson berkata, dunia sukan tinju tak perlu terlalu ego untuk menutup pintu kepada petinju selebriti media sosial seperti Paul ataupun influencer.
Ini kerana mereka membantu menaikkan acara tinju dengan cara mereka tersendiri. Sejak dari hari itu Paul selalu memuji Mike Tyson sebagai baik hati.
Tyson ketika itu dengan jujur menyatakan dia benar benar terkejut kerana Jake Paul ternyata petinju amatur yang bagus dan berskill.
“Adakah dia cukup mahir, ya. Saya akan berikan kepadanya. Dia cukup mahir [berskil] kerana dia menang.”
“Dia berjaya menumbuk orang yang kita fikir dia tak mampu lakukannya. Kita perlu memberinya penghargaan itu.”
“Dan dia melakukan begitu banyak kebaikan untuk tinju. Dengar, lelaki ini [Jake Paul] mendapat 70 juta orang mengikutinya setiap kali dia berlawan. Juara dunia sendiri pun tidak mempunyai ramai orang mengikuti mereka.”
“Jadi apa yang dia lakukan untuk tinju adalah sensasi. Tidak ada seorang pun harus membencinya. Dia membantu semua orang mendapatkan wang. Mengapa orang marah kepadanya?”
Jake Paul berharap pertarungannya dengan Mike Tyson akan berlaku pada 2023 ini.