Jam Tangan Rolex RM2.1 Juta Di Tangan Ronaldo

Cristiano Ronaldo kini berbangga menjadi pemilik jam tangan paling mahal di dunia dengan harga £371,000 ataupun sekitar RM2.1 juta.

Pemain Man United itu menjadi salah seorang daripada hanya dua orang pemain bola sepak yang menjana pendapatan lebih £1 billion. Seorang lagi, sudah tentunya Lionel Messi.

Dalam senarai ranking atlet, Ronaldo menjadi atlet kelima paling tinggi pendapatan sepanjang zaman. Namun Ronaldo di atas David Beckham, LeBron James serta Roger Federer.

Maka tak hairanlah abang Do membeli barang barang eksklusif dan mahal. Selain daripada minat ke atas kereta sport, Ronaldo juga seorang yang sangat sukakan jam tangan berjenama.

Ronaldo kini memiliki Rolex GMT Master Ice yang berharga RM2.1 juta. Disaluti emas 18-karat. Bingkai dan juga tali jam tersebut pula disaluti berlian 30-karat.

Sebab itulah, dengan mudah jam Ronaldo itu paling mahal di pasaran ketika ini. Jam ini boleh menahan tekanan dalam air sedalam 100m. Rasanya tak ada orang yang gila nak pakai jam tu pergi mandi laut.

Menurut laporan, Ronaldo sudah membeli jam itu sejak Disember 2019 lagi.

Dan baru sekarang para peminat terperasan dengan jam tangan beliau itu, sejak menyertai Man United.

Sedangkan pada acara Dubai Global Soccer Award 2020, beliau ada memakainya. Ronaldo merupakan duta kepada anugerah tersebut.