“James Milner adalah pemain yang sangat luar biasa dan sangat profesional” Jurgen Klopp

Berita baik buat peminat Liverpool di dunia, selepas berita tentang Takumi Minamino. Jurgen Klopp telah menandatangani lanjutan kontrak bersama Liverpool sehingga 2024.

Kemudian, berita gembira tersebut disusuli dengan lanjutan kontrak James Milner bersama Liverpool selama 2 tahun lagi, sehingga 2022.

Kontrak James Milner sepatutnya tamat pada musim panas 2020. Namun Liverpool memilih untuk mengekalkan beliau dan Milly juga memilih untuk kekal di Liverpool.

Milner kekal di Liverpool hingga 2022

Kerjaya James Milner

Pemain berusia 33 tahun ini telah memulakan kerjayanya bersama Leeds United. Beliau bermain dari skuad akademi dan kemudian ditawarkan kontrak proffesional pertamanya adalah pada tahun 2002. Iaitu ketika beliau berumur 16 tahun.

Pada 10 November 2002, adalah debut pertama James Milner ketika menentang West Ham United. Beliau telah dimasukkan bagi mengantikan Jason Wilcox pada minit ke 84. Dengan itu ia menjadikan James Milner sebagai pemain kedua termuda yang melakukan debut di Premier League iaitu pada usia 16 Tahun 309 hari.

James Milner ketika di Leeds United

James Milner juga direkodkan sebagai diantara pemain termuda yang menjaringkan gol di Premier League. Iaitu ketika beliau berumur 16 tahun 356 hari, ketika menentang Sunderland.

Disebabkan oleh faktor kewangan yang meruncing dihadapi Leeds United, James Milner telah dilepaskan ke Newcastle United dengan nilai perpindahan sebanyak 3.6 juta pound. Perkara itu jelas tidak mengembirakan beliau, kerana Leeds United merupakan kelab yang diminatinya sejak kecil.

James Milner berada di Newcastle selama 2 musim, sebelum dipinjamkan ke Aston Villa.

Milner bersama Newcastle ketika menentang Fenerbache

Ketika dipinjamkan ke Aston Villa, Milner telah mendapat peluang bermain dan pengalaman secukupnya sebelum beliau kembali ke Newcastle United pada musim seterusnya. Beliau telah melakukan 27 penampilan bersama Aston Villa, iaitu sebagai pemain utama.

Musim seterusnya Milner kembali memperkuatkan Newcastle United, beliau beraksi selama 2 musim di sana iaitu sebanyak 64 perlawanan dan telah menjaringkan 5 gol bersama kelab Magpies itu. Kemudian beliau telah memohon kepada kelab untuk berpindah keluar, sebelum beliau berpindah ke Aston Villa dengan yuran perpindahan 12 juta pound.

Bersama Villa, James telah melakukan 73 penampilan liga bersama mereka, iaitu selama 2 musim. James telah menjaringkan 11 gol bersama Aston Villa. Disana adalah tempat beliau menjadi pemain lebih baik. Dalam masa yang sama beliau telah dipanggil untuk mewakili skuad England buat kali pertamanya pada tahun 2009.

Pada tahun 2010, James Milner telah menarik perhatian Roberto Mancini untuk menguatkan skuad Manchester City pada ketika itu. Beliau kemudiannya berpindah ke Manchester City, dengan yuran perpindahan sebanyak 26 juta pound.

Beliau bersama City selama 5 musim dan telah mengecapi banyak kejayaan di sana. Ia juga merupakan buat kali pertamanya Milner menjulang trofi Premier League iaitu pada musim 11/12 dan juga merupakan Piala EPL pertama City selepas 44 tahun.

James Milner telah melakukan 147 penampilan liga bersama City dan telah menjaringkan 13 gol serta 28 assist. Pada musim 15/16 beliau tidak menyambung kontraknya bersama City dan berpindah ke Liverpool dengan status ‘Free Agent’.

Setakat ini, James Milner telah melakukan 139 penampilan liga bersama Liverpool, 18 gol dan 23 bantuan gol. Brendan Rodgers antara individu penting yang membawa Milner ke Liverpool.

Di Liverpool Milner telah memenangi trofi UCL pertama dalam kariernya.

Posisi James Milner

James Milner merupakan pemain yang sangat terkenal dengan status pemain ‘versatile’. Beliau boleh bermain disemua posisi diatas padang.

Di awal kerjaya Milner, beliau bermain sebagai winger sebelum berpindah peranan kepada pemain tengah. Kemudian Mancini kembali menggunakannya di posisi sayap ketika di City.

Ketika di Liverpool, pemain tengah adalah posisi utama beliau. Ketika di era Jurgen Klopp, peranan Milner bertambah, beliau juga diturunkan sebagai pertahan sisi Liverpool ketika diperlukan. Right back, left back, Central Midfield dan Defensive Midfield antara peranan yang sering diberikan kepada Milner di Liverpool.

Disebabkan tahap professional yang tinggi, engkau letak ja Milner ni di mana pon atas padang. Pasti tiada masalah untuknya. Sehinggakan Clyne pernah mengatakan “Sepanjang karier, aku berusaha keras untuk menjadi pertahanan sisi yang baik. Tapi untuk James, dalam seminggu ja dia seperti sudah mahir dengan posisi tersebut.”

Sikap Milner yang tidak pernah merungut dan sentiasa ingin belajar ini menjadi beliau seorang pemain yang baik. Klopp pernah berkata dalam temuramahnya di LFCTV “Milner adalah seorang yang sangat Profesional, setiap benda yang beliau lakukan pasti dia inginkan yang terbaik. Walaupun bermain golf, Milner akan cuba bermain ditahap pro.”

Sikap dan Kepimpinan James Milner

James Milner perlu menjadi contoh kepada generasi muda bola sepak. Pemain muda seharusnya menggunakan peluang sebaiknya untuk belajar, bagaimana beliau mengekalkan prestasi dan kecergasan beliau sehingga umur senior. Klopp “Milner mungkin boleh bermain bola sepak sehingga umur 38 tahun atau lebih.”

Sehingga hari ini, masih belum ada pemain Liverpool yang boleh menewaskan Milner ketika melakukan ujian kecergasan di Melwood.

Pasukan Liverpool sangat beruntung kerana memperolehi pemain seperti ini. Sudah semestinya kualiti, sikap, dan pengalaman yang beliau ada dapat membantu pasukan pada masa hadapan.

Kepimpinan beliau diatas padang dan juga di bilik persalinan tidak dinafikan lagi.

Perkara ini diakui sendiri oleh Jurgen Klopp “James adalah naib ketua pasukan dan sudah semestinya salah seorang ketua yang penting dalam pasukan. Beliau sangat penting di atas padang, luar padang dan dibilik persalinan. Dia (James) sangat besar, sangat besar untuk kami. Suaranya sangat penting dalam bilik persalinan, bila dia cakap semua akan terdiam dan hormat.”

“Salah satu contoh, pada pagi hari perlawanan bertemu Barcelona di Anfield, dia (James) tiba di Melwood, dan kemudian terus menekan dan memberi semangat kepada orang lain. Aku suka.”

Malah James Milner, adalah seorang pemain yang tidak pernah puas. Beliau sentiasa ingin belajar dan menjadi yang terbaik.

“Salah satu benda yang aku suka pasal Milner ni, dia sentiasa meningkat dari masa kesemasa sebagai pemain bola sepak”

“Sikap dia sangat menakjubkan, kepada bola sepak, kepada dirinya sendiri dan kepada orang lain disekelilingnya. Dia (James) pemain bola sepak yang sangat menakjubkan. Kami sentiasa percaya banyak benda lagi dia ingin berikan, sebab itu lah ‘deal’ ini sangat masuk akal untuk semua.”

“Dia adalah pemain yang sangat luar biasa dan sangat professional”

Begitulah sikap James Milner yang telah diungkapkan oleh Jurgen Klopp sendiri. Sikap ingin belajar dan disiplin itu menjadikan siapa Milner sekarang dan kekal relevan sehingga kini.

Perkara ini lah, yang seharusnya dijadikan contoh kepada pemain bola sepak zaman sekarang. Jangan terlalu asyik dengan kemewahan, nama, sosial media dan Tik Tok.

Kalau perasan satu benda, rambut Milner memang tidak pernah berubah sejak dulu.

Akhir sekali, James Milner sangat sesuai dengan ungkapan ini “form is temporary, class is permanent”.

Selamat maju jaya James Milner bersama Liverpool untuk 2 tahun lagi.

Baca yang lain