Jamie Rekdnapp Pelik Southgate Keluarkan Ancaman Utama Perancis, Bukayo Saka Masukkan Sterling

Gareth Southgate telah dikritik kerana menggantikan bintang Arsenal, Bukayo Saka dengan memasukkan Raheem Sterling ketika England tewas 2-1 kepada Perancis pada suku akhir Piala Dunia.

England sebenarnya beraksi cukup baik menentang pemenang Piala Dunia 2018 dan agak tidak bernasib baik untuk kalah.

Aurelien Tchouameni dan Olivier Giroud menjaringkan gol untuk Perancis. Manakala gol England dijaringkan oleh  Harry Kane dari sepakan penalti. Kane kemudian berpeluang menambah gol menerusi satu lagi penalti. Namun dia telah melambungkan bola tinggi.

Harry Maguire dan Marcus Rashford kedua-duanya juga hampir mencetak gol dalam perlawanan itu.

Saka adalah salah seorang pemain England yang beraksi dengan sangat baik pada malam itu kerana dia secara konsisten mengatasi pertahanan kiri Perancis Theo Hernandez.

Jamie Redknapp kemudian pelik dengan Southgate yang tiba tiba mengeluarkan pemain yang menjadi ancaman utama lawannya dan memasukkan pemain yang baru tiba kembali ke kem England selepas menyelesaikan isu keluarganya di England iaitu Raheem Sterling.

Pemain penyerang sayap Arsenal itu memenangi penalti pertama England apabila dia dijatuhkan di kawasan penalti oleh Tchouameni.

Pemain sayap berbakat itu adalah penjaring terbanyak bersama England di Qatar dengan tiga golnya tetapi dia dikeluarkan oleh Southgate sejurus selepas gol kedua Perancis pada minit ke-78.

Bekas pemain tengah Liga Perdana Jamie Redknapp merasakan bahawa Hernandez “tidak dapat mengendalikan” Saka.

Redknapp mendapati ia adalah “keputusan yang sangat pelik” daripada Southgate untuk mengeluarkan Saka pada lewat.

“[Hernandez] tidak dapat menangani Saka. Hanya tidak boleh menangani pemain itu. Dia terlalu bagus malam itu untuk Hernandez sepanjang perlawanan. Dan saya harus mengakui, melihatnya sekarang, saya tidak percaya Gareth mengeluarkannya,” kata Redknapp kepada The Daily Mail.

“Kerana walaupun kita mendapat gol dan kemudia akan pergi ke masa tambahan, dia adalah pemain yang setiap kali pemain kita berikan bola kepadanya, dia membuatkan saya teruja melihatnya.”

“Saya dapati keputusan itu sangat pelik. Jelas sekali anda perlu membuat pertukaran untuk mencuba dan mempengaruhi permainan, tetapi dia pastinya – jika saya di tempat Southgate – saya akan terus menggunakannya.”

“Dan saya yakin apabila Hernandez melihat dia pergi, dia menarik nafas lega. Kerana kita [England] selepas itu agak tersesat sedikit  – ya, kita mendapat sepakan percuma (Marcus) Rashford yang melepasi palang, tetapi itu adalah pertukaran yang sangat pelik.”

Ruud Gullit turut menganggap pertukaran dibuat Southgate, mengeluarkan Saka memasukkan Sterling juga sangat teruk.

“Saka adalah satu satunya pemain yang benar benar bagus. Kenapa keluarkan dia? Saya tak rasa Sterling jauh daripada prestasi terbaiknya beberapa musim lalu. Jadi, kenapa kamu lakukannya [tukar Saka masukkan Sterling]? Dan dia tak buat apa apa selepas dimasukkan.”

Bercakap selepas kekalahan kepada Perancis, Southgate enggan mengesahkan sama ada dia berhasrat untuk meneruskan sebagai bos England.

“Saya fikir setiap kali saya menamatkan kejohanan ini, saya memerlukan masa untuk membuat keputusan yang betul,” kata Southgate.

“Secara emosi anda melalui begitu banyak perasaan yang berbeza. Tenaga yang diperlukan melalui kejohanan ini sangat besar.”

“Saya mahu membuat keputusan yang betul, apa pun untuk pasukan, untuk England, untuk FA. Saya perlu pastikan apa sahaja keputusan yang saya buat adalah betul.”