Jamie Vardy Bukti Taktikal Berpasukan Adalah Sangat Penting

Jamie Vardy kini dalam form of his life kata orang putih. Orang Pajam pun pakai bahasa yang sama.

Baiklah. Pembentukan Jamie Vardy ni sebenarnya tak perlu bentuk lagi. Dia memang dah establish sebagai pemain yang bagus di dalam EPL.

Cuma selepas team dia juara liga tu, dia tak dapat better team. Ada beberapa kawan dia bla ke tempat lain.

Dan apabila beraksi di bawah sistem yang kurang bagus. Vardy menampakkan dia punya penurunan.

Berdasarkan umur beliau, maka sudah ramai yang menyatakan dia mungkin dah out of his best.

Apabila diambil alih oleh Brendan Rodgers, Vardy mendapat semula form terbaik beliau.

Segalanya bergantung kepada sistem taktikal yang digunakan. Pemain yang hampir sama dengan sebelum ini. Tetapi sistem yang lebih baik.

Dan pencapaian Vardy pada hari ini lebih baik daripada pencapaian beliau ketika pasukan juara Leicester.

Namun selepas itu Leicester kehilangan pemain seperti Riyad Mahrez yang memberikan impak dalam permainan Vardy.

Selepas itu Vardy mulai tercari rentak terbaik beliau.

Kehadiran Rodgers kembali memberikan beliau sentuhan magis yang dicari.

Beliau kini di tempat ketiga di belakang Messi dan Lewandowski dalam ranking penjaring terbanyak di Eropah.

Beliau memang sangat tajam di hadapan gol. Rodgers berjaya membentuk pasukan yang sesuai dengan Vardy.

Membangunkan pemain lain di sekitar Vardy seperti James Maddison.

Dan beliau kini mengatasi rekod Ruud Van Nistlerooy. Sebelum ini beliau mencipta 8 kali straight. Sekarang dan 11.

Dan kini beliau sedang berada di ranking teratas dalam perebutan kasut emas.

Ini juga membuktikan bahawa Jamie Vardy adalah poacher yang sangat memerlukan sistem yang terbaik untuk mengeluarkan yang terbaik daripada beliau.

Dan ia juga bukti bahawa Brendan Rodgers memang sesuai dengan pasukan Leicester.

Apa yang menarik Nigel Pearson pernah memiliki Jamie Vardy dan Harry Kane di tempat bangku simpanan beliau.

Baca yang lain