Janda United Terus Julang Inter, Kali Ini Goku-Broly Bergabung Kuasa

Bekas bintang Arsenal dan United yang semakin dilupakan, Alexis Sanchez menjadi wira Inter Milan dengan menjaringkan dua gol dalam aksi Serie A menentang Parma.

Inter Milan menang tipis 1-2 di tempat lawan dalam aksi penting mereka bagi memastikan terus selesa di puncak liga.

Dan sekali lagi bekas pemain Man United menjulang nama Inter dalam aksi penting. Sebelum ini Lukaku, Sanchez dan Darmian berada dalam senarai penjaring gol.

Tapi kali ini, cuma Sanchez, namun sumbangan besar Lukaku kepada kedua dua gol itu tidak boleh diabaikan.

Parma ternyata memberikan saingan yang sengit dalam perlawanan ini. Mereka memaksa Samir Handanovic melakukan beberapa siri penyelamatan depan gawang gol.

Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan tanpa jaringan daripada kedua dua pasukan.

Namun masuk ke separuh masa kedua, pasukan Antonio Conte akhirnya menunjukkan kualiti sebenar mereka.

Alexis Sanchez membuka tirai gol pada minit ke-54 buat Inter Milan. Sanchez mengambil kesempatan di atas kegagalan pertahanan lawan mengeluarkan bola.

Sanchez melakukan satu rembatan yang sangat cantik dalam keadaan dia hampir hilang keseimbangan badan.

Sepe berjaya menjangkau bola namun gagal menyelamatkannya. Goal line technology diperlukan untuk mengesahkan gol tersebut.

Dan lapan minit kemudian, penyerang asal Chile itu menambah satu lagi gol. Kredit kepada usaha Lukaku yang mencipta gol tersebut.

Peminat Inter gembira kerana Goku dan Broly berjaya menjaringkan gol.

Ianya adalah merujuk kepada satu post Sanchez satu ketika dahulu yang menganggap bahawa dia adalah Goku dan Lukaku adalah Broly.

Lukaku melakukan gerakan cantik bermula dari kawasan sendiri untuk memastikan rakannya sejak di United itu menjaringkan gol.

Parma mengurangkan defisit melalui Hernani pada minit ke-71.

Alexis Sanchez terpaksa melupakan impian hatriknya. Di mana beliau dikeluarkan pada minit ke-75 selepas mengerang kesakitan.

Namun Inter bertahan dengan baik untuk memastikan kemenangan penting dalam usaha mereka menamatkan penantian Scudetto pertama dalam 11 tahun.

Ini adalah kemenangan liga keenam berturut-turut Inter Milan ketika ini. Membolehkan mereka berada enam mata di atas musuh tradisi AC Milan. Dan 10 mata di hadapan juara bertahan Juventus yang kini berada di tempat ketiga.

Parma terus begelut untuk keluar dari zon penyingkiran. Mereka berada di tangga ke-19, dijarakkan 9 mata dari zon selamat. Mereka tanpa kemenangan sejak November.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.