Jangan Buang Silica Gel, Kot Kot Korang Boleh Gunakan Dengan Bermanfaat

Kita semua pasti tahu dan kenal dengan paket kecil silica yang terdapat di dalam kasut dan beberapa barang yang kita beli daripada kedai.

Biasanya kita akan buang je benda tu. Lebih feel koyakkan dan buang.

Business Insider telah memuat naik satu video ringkas bagaiman sebenarnya kita sebenarnya boleh memanfaatkan paket gel silica itu untuk kegunaan lain.

Secara saintifiknya, silica gel mengandungi silikon dioksida, Ianya berfungsi untuk menyerap kelembapan dan memastikan keadaan kekal kering.

Berikut adalah antara 6 perkara yang silica gel boleh korang gunakan.

1. Telefon masuk air

Sebelum ini kita selalu masukkan ke dalam tong beras kan? Kali ini ada cara lain iaitu dengan memasukkan fon itu ke dalam plastik yang ada gel silikon.

Untuk telefon yang sekadar tak nak hidup sebab ada air sikit sikit tu, ada kemungkinan ianya boleh hidup balik.

Kecualilah yang total damage masuk dalam sungai.

2. Untuk mengeringkan gula dan garam

Salah satu masalah besar di dapur adalah apabila gula dan garam ‘masuk angin’ dan menjadi lembab. Ianya akan membuatkan garam dan gula berketul ketul.

So, masukkan pek silica gel ini untuk mengeringkannya semula dan ianya menyerap kesemua air tadi.

3. Menyimpan barang perhiasan

Ada sesetengah orang suka menyimpan barang perhiasan terutama sekali untuk majlis keraian.

Tak setiap hari kita hari raya ataupun meraikan harijadi.Jadi, barang barang perhiasan ini akan menjadi lembab kalau disimpan lama.

Dan cuba masukkan paket gel silica di dalamnya untuk menjaga kondisinya yang terus keras.

4. Pisau cukur

Ilmu ini mungkin sangat berguna untuk lelaki terutamanya. Selalunya lepas pakai pisau cukur kita nak pakai lagi terus dah berkarat dan cepat tumpul.

Untuk membantu memanjangkan hayat pisau cukur korang, boleh la gunakan silica gel yang diletakkan sekali dekat bekas penyimpan pisau cukur.

5. Beg gym berbau peluh

Peluh ni biasanya membuatkan beg korang berbau. Korang letak tuala ataupun baju dekat beg terus beg busuk.

Ini kerana kulat dan bakteria yang ada. Oleh itu, dengan silica gel, ianya membantu melambatkan pertumbuhan kulat dan bakteria.

6. Simpan gambar

Bagi yang masih menyimpan gambar lama secara fizikal, silica gel ini sangat membantu.

Terutama sekali korang yang nak simpan gambar lama lama yang nostalgik dan bermakna.

Jangan pulak simpan gambar skandal.

Korang boleh klik pautan ini untuk lebih banyak fungsi silica gel: 17 Cara bijak menggunakan silica gel

Banyak lagi benda lain kita boleh manfaatkan daripada silica gel.