‘Jangan Pergi Liverpool’

Rio Ferdinand mendengar laporan oleh David Maddock dari Mirror – menyatakan bahawa Liverpool mahu menyertai persaingan mendapatkan Jadon Sancho.

Legenda Man United itu tidak rasa ianya perpindahan yang bagus untuk Sancho.

Liverpool mulai dikaitkan dengan Sancho kerana mereka berhadapan dengan isu kehilangan dua pemain utama untuk kejohanan Negara Afrika yang kembali dianjurkan pada pertengahan musim liga di Eropah.

Sancho sedang hangat dikaitkan dengan Man United dan Chelsea. Tetapi Fabrizio Romano pula menegaskan bahawa, Man United sudah memulakan langkah pertama dengan menghubungi ejen kepada pemain itu.

Namun masih belum ada bidaan rassmi dibuat. Borussia Dortmund meletakkan tanda harga minima €110 juta ataupun sekitar £98 juta.

Fabrizio Romano mendedahkan perbincangan ini tidak semudah yang disangka. Ianya akan menjadi perbincangan yang panjang.

Borussia Dortmund memberikan lampu hijau kepada Manchester United, jika kelab itu benar-benar mahu mendapatkan Jadon Sancho.

Sebelum ini, CEO Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke menyatakan bahawa, mereka akan menghormati kehendak pemain seperti Sancho, jika beliau mahu pergi ke kelab lain.

Watzke mengakui sudah bercakap dengan Jadon Sancho berhubung dengan masa depan pemain tersebut.

BvB sebenarnya mahukan pemain itu terus kekal. Tetapi terpaksa akur dengan kehendak pemain, jika Sancho mahu pergi.

“Walaupun sebelum serangan wabak koronavirus, kami sudah memberitahu bahawa kami mahu Jadon kekal bersama kami. Namun pada akhirnya, kamu haruslah menghormati kehendak pemain.”

Watzke menolak teori bahawa, Borussia Dortmund panik mahu menjual Jadon Sancho kerana krisis koronavirus yang membuatkan kelab mereka terkena impak dari segi ekonomi.

“Saya nak jelaskan bahawa, walaupun sekaya mana kelab itu, mereka akan bermasalah juga ketika krisis ini. Dan ini bukan bermakna kami mahu melepaskan Jadon Sancho dengan harga lelong.”

“Kami tak akan menjual pemain kami di bawah nilai sebenar mereka.”

Ferdinand nasihatkan Sancho tolak Liverpool

Rio Ferdinand berharap Jadon Sancho membuat keputusan yang bijak bagi memastikan dirinya mendapat minit perlawanan yang banyak.

Sebelum ini Jadon Sancho meninggalkan Manchester City kerana kecewa tidak mendapat minit perlawanan yang banyak di Etihad.

Ferdinand menyatakan, perkara yang sama akan berlaku jika Jadon Sancho memilih untuk ke Liverpool.

“Walaupun pemain sebagus Sancho, saya tetap rasa beliau tak cukup bagus untuk masuk ke dalam pasukan utama Liverpool sekarang ini.”

“Adakah Sancho lebih baik daripada mana-mana penyerang utama Liverpool [Mo Salah, Mane, Firmino]? Buat masa ini saya rasa tidak, beliau belum sampai ke tahap itu.”

“Namun saya percaya beliau ada potensi untuk menjadi sebagus mereka. Tetapi, buat masa ini, ketiga – tiga mereka bermain sangat bagus.”

Jadon Sancho musim ini menjaringkan 17 gol dan 16 assist dalam 35 penampilan musim ini. Kontrak semasa beliau akan tamat pada 2022.

Beliau menjadi prospek paling panas di Eropah ketika ini. Hal ini selepas Sancho memberikan bayangan bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontraknya bersama dengan Borussia Dortmund.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan