Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meraikan harijadinya ke-60. Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.
Malah ada beberapa pihak menganggapnya pemain terbaik sepanjang zaman mengatasi Pele.
Itu semua pendapat masing masing. Maradona pemain berbadan kecil yang lincah dan mampu memimpin Napoli dan Argentina menempa kejayaan yang dianggap sekadar impian selama ini.
Maradona dikaitkan dengan banyak kontroversi di dalam kariernya. Namun yang paling diingati adalah kontroversi melukai perasaan jutaan rakyat England dengan tangannya.
They also say: “If Var existed, Maradona would have never score with hand of God”.
Sure.
But also probably England by that minute would be with only 4 players still on pitch and all the others having received already red card pic.twitter.com/OYLPY2VYyA
— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) August 29, 2020
Membuatkan namanya dan Argentina dianggap musuh oleh orang England di peringkat antarabangsa dalam acara bola sepak.
Pada usia 60 tahunnya, jangankan nak menyesal, Maradona mala menyatakan hasratnya untuk menjaringkan gol ‘hand of god’ ke atas England sekali lagi.
Di pentas Piala Dunia 1986, Maradona mengejutkan dunia ketika membolosi gawang England dengan tangan kirinya.
Gol kontroversi Maradona membantu Argentina itu berjaya membuatkan Argentina ke terus mara dalam temasya Piala Dunia dan berjaya merangkul piala dunia kedua negara mereka.
Wartawan bertanyakan Maradona tentang impian ulang tahunnya kali ini.
Tanpa berfikir, Maradona juga menyatakan hasratnya yang pelik, iaitu mengulangi gol Tangan ‘Tuhan’ (gelaran gol itu di kalangan media antarabangsa) menentang England.
“Saya mengimpikan untuk menjaringkan satu lagi gol menentang England, kali ini dengan tangan kanan pula,” kata Maradona sambil tertawa dalam temu bual dengan France Football.
Seterusnya, Maradona juga mengakui bahawa dia telah bersetuju untuk bergabung dengan Marseille setelah memimpin Napoli untuk memenangi Piala UEFA pada tahun 1989.
Namun hasrat itu tak menjadi kenyataan kerana tindakan bodoh presiden kelab, kata Maradona.
“Pengurusan Marseille menghubungi saya dan menawarkan untuk menggandakan lagi gaji saya. Saya bermain di Napoli dan presiden Ferlaino memberitahu saya bahawa jika kami memenangi Piala Eropah (Piala UEFA), dia akan membiarkan saya pergi,” kata Maradona.
“[Presiden Marseille] Bernard Tapie dan [pengurus] Michel Hidalgo bahkan sampai ke Itali untuk menemui saya dan mengemukakan cadangan supaya kita semua dapat membincangkannya bersama,” tambahnya.
Diego Maradona speaking with France Football about turning 60 years of age: "I dream of scoring another goal against England but with my right hand." pic.twitter.com/TMpPuxiHhE
— Roy Nemer (@RoyNemer) October 26, 2020
“Sebaik sahaja saya kembali ke Napoli, saya berkata kepada Ferlaino ‘terima kasih Presiden untuk tahun-tahun yang indah ini, saya akan pergi’. Pada saat itu, dia mula bertindak bodoh, seperti dia tidak mengerti, dan dia berundur. Dan semuanya berakhir, “katanya.