Jom Saksikan Jaringan ala kungfu Umar Hakeem Suhar Bawa Malaysia ke Uzbekistan 2020

Malaysia b19 mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia dengan menjuarai kumpulan G kempen kelayakan. Brad Maloney mengulangi pencapaian yang dilakukan Bojan Hojak pada edisi 2018.

Malaysia menutup kempen dengan bergaya dengan menang kesemua 4 pelawanan peringkat kumpulan dengan mengumpul 12 mata maksima.

Ia boleh dikatakan melepasi jangkaan ramai. Dan Malaysia layak secara merit. Tak main dah hanya bergantung dengan tiket jalan belakang. Dah berapa kali skuad muda kita melakukannya secara merit.

Berikut adalah keputusan yang dicatatkan Malaysia dalam kelayakan kali ini.

2 Nov: Malaysia 5-4 Kemboja
6 Nov: Malaysia 11-0 Brunei
8 Nov: Malaysia 10-0 Kepulauan Mariana
10 Nov: Malaysia 1-0 Thailand

Pada perlawanan petang tadi Thailand menjadi pasukan terakhir berjaya dijinakkan oleh Harimau Muda. Jaringan dari pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada minit ke-84 dengan tolakan mudah ke dalam gawang pasukan lawan sudah memadai bagi kem Malaysia yang hanya memerlukan keputusan seri.

Kemboja akan mengintai slot tempat ke-2 (5 pasukan terbaik dari 9 kumpulan) bagi mengikut jejak Malaysia ke Uzbekistan 2020.

Sementara itu Laos terlebih dahulu mengesahkan tempat selepas berjaya mengumpul 7 mata di kumpulan H, tidak kira sebagai bakal menjadi juara atau tempat ke-2.

2 lagi pasukan dari Asia Tenggara Vietnam dan Indonesia cuma perlukan seri pada perlawanan terakhirnya untuk bersama dalam kejohanan dwi tahunan yang menawarkan slot ke Piala Dunia b20.

• Malaysia (sah)
• Laos (sah)
• Indonesia (dijangka layak)
• Vietnam (dijangka layak)

Sebelum tu saksikan jaringan kungfu ataupun sidekick oleh Umar Hakeem yang membawa Malaysia layak secara merit. Ia jaringan team goal yang disudahkan dengan teknik ala Ibrahimovic.

Selamat maju jaya Brad Maloney dan pemain.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.