Jaringan Masa Kecederaan Faisal Halim Beri Kemenangan Dramatik

Malaysia turun dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 dengan melayan kunjungan Kyrgyzstan bagi kumpulan D.

Malaysia bermula baik ketika Dion Cools menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-7. Gegak gempita Stadium Bukit Jalil.

Namun begitu pasukan pelawat berjaya bangkit dengan 2 gol pada 3 minit terakhir separuh masa pertama.

Kayrat Zhyrgalbek menyamakan kedudukan pada minit ke-42, setelah berlaku pergelutan penuh kucar kacir di hadapan pintu gol Malaysia. Di mana Kayrat Zhyrgalbek melakukan rembatan masuk selepas bola gagal dikeluarkan oleh pertahanan Malaysia.

Seterusnya 2 minit kemudian, gawang Malaysia bocor lagi. Kali ini Ernist Batyrkanov pada minit ke-44. Memastikan pasukan pelawat masuk ke bilik persalinan dengan skor 1-2.

Separuh masa kedua Malaysia bocor lagi pada awal separuh masa kedua apabila Kai Merk mengambil kesempatan di atas kedaan huru hara di hadapan gol Malaysia pada minit ke-57 untuk membolekan pelawat 3-1 di hadapan.

Semangat juang Harimau Malaya tidak terpatah di situ. Di mana hasil daripada asakan pemain Malaysia memaksa lawan melakukan kesilapan dan OWN GOAL.

Dion Cools sekali lagi menggunakan kepakarannya untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan minit ke-77.

Dan pada masa kecederaan, bintang serangan Malaysia, Faisal Halim menjaringkan gol kemenangan minit ke-90+3.

Maka tiada ruang lagi untuk Kyrgyzstan bangkit selepas itu dan Malaysia menang 4-3. Ianya 3 mata sangat berharga.