Selepas 14 tahun Theo Walcott kembali ke kelab yang menjadikannya sebagai pemain bola sepak. Walcott merupakan bekas pelatih dari akademi itu yang kemudiannya dibeli oleh Arsenal.
Walaupun sudah berusia 31 tahun khidmat pemain ini cukup menjadikan saiz skuad The Saint seimbang. Penyerang utama Danny Ings cedera dan Ralph Hasenhunttl lebih mempercayai Walcott berbanding Shane Long mengisi kekosongan itu.
Southampton kini mengharungi tempoh terbaiknya apabila tidak tewas dalam 6 perlawanan berturut-turut. Keputusan seri menentang Wolves semalam menyaksikan rekod itu dilebarkan menjadi 7 perlawanan.
Jaringan pendahuluan oleh Walcott pada minit ke-58 dipadam oleh Pedro Neto dan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan.
Gol Walcott itu juga merupakan jaringan pertamanya sejak kembali ke Saint Mary. Sebelum itu dia telah mengumpul 2 bantuan yang dilakukan ketika bertemu Chelsea (3-3) dan Aston Villa (4-3).
Kegembiraannya jelas terpancar di wajahnya selepas menjaring gol tersebut lebih-lebih untuk kelab yang melahirkannya.
Pemain berusia 31 tahun itu membuat debut pertama bersama The Saint pada Ogos 2005, menariknya ketika bertemu Wolves juga.
“Ia sangat bagus, anda boleh melihat melalui senyuman saya. Agak janggal kerana tiada penonton disini. Tapi mudah-mudah penonton akan ada tidak lama lagi.”
Kali terakhir Walcott menjaring gol untuk pasukan ini pada Januari 2006.
“Saya sangat gembira menjaringkan gol itu. Perlawanan pertama (debut bersama Southampton) bertemu Wolves, sangat lucu perkara begini berlaku dalam hidup, senyuman saya cukup untuk menggambarkannya.”
“Rasanya seperti menang, ini adalah tempat sukar meraih keputusan (mata) dan tidak banyak pasukan mendapat keputusan disini.”
“Mereka pasukan yang sangat baik dan mereka akan bertambah baik ketika dalam permainan. Pemain seperti Ada Traore selalu menjadi ancaman dalam serangan balas pantas.”
Walcott berpeluang mengandakan jaringannya selepas 10 minit jaringan pertamanya namun percubaanya tersasar selepas berlari menyerang bola hantaran dari Che Adams, memecah blok pertahanan lawan.
“Saya sepatutnya menjaringkan gol itu, saya tahu. Saya merupakan pengkritik hebat kepada diri sendiri dan saya tahu itu tidak cukup baik untuk saya menjaringkan gol.”
“Percayalah, saya akan berlatih minggu depan dan tidak akan membiarkan perkara itu berulang lagi.”
Southampton akan melayan kunjugan Manchester United pada hujung minggu ini. Selepas itu mereka akan bermain 6 perlawanan sepanjang Disember.
Pasukan ini sedang berada dikedudukan ke-5 liga selepas 9 perlawanan melalui catatan 5 menang, 2 seri dan 2 kalah. 2 kekalahan tersebut berlaku pada GW1 dan GW2.