Jaringan Sendiri ‘Last Minute’ Fernandinho Nafi Kebangkitan Man City

Manchester City mempersiakan peluang untuk merapatkan jurang dengan Liverpool.

Mereka turun berhadapan dengan Crystal Palace di hadapan penyokong mereka sendiri di Etihad.

Mereka hampir mencipta kebangkitan namun gol sendiri Fernandinho telah membatalkan hasrat mereka untuk memenangi tiga mata.

Manchester City berhadapan dengan Crystal Palace. Pasukan yang pernah menewaskan mereka musim lalu.

Palace mengejutkan Manchester City di Etihad dalam aksi separuh masa pertama. Pemain baru yang mereka pinjam dari Everton iaitu Cenk Tosun menjaringnan gol pembukaan pada minit ke-39.

Manchester City bergelut untuk membocori gawang lawan.

Manchester City mempersia- siakan beberapa peluang gol mereka. Namun skuad Pep Guardiola itu seperti biasa, tak pernah berputus asa.

Namun pemain istimewa Man City, iaitu Sergio Aguero memberikan kebangkitan pada minit ke-82, dan gol kedua pada minit ke-87 perlawanan.

Di kala Man City mahu meraikan kemenangan mereka pada malam ini, pemain pertahanan mereka, Fernandinho telah tertampan bola ke gawang sendiri pada minit akhir perlawanan.

Gol sendiri yang memberikan skuad Roy Hodgson satu mata berharga dibawa pulang dari Etihad.

Manchester City 13 mata di belakang Liverpool dengan pasukan Liverpool ada dua perlawanan di dalam tangan.

Line-ups

Man City XI: David Silva, Aguero, Fernandinho, Gundogan, De Bruyne, Sterling, Cancelo, Mendy, Stones, Ederson, Bernardo Silva

Subs: Bravo, Otamendi, Walker, Mahrez, Jesus, Rodri, Foden

Crystal Palace XI: Cahill, Tomkins, McArthur, McCarthy, Kouyate, Martin Kelly, Guaita, Tosun, Jordan Ayew, Zaha, Riedewald

Subs: Hennessey, Dann, Ward, Wickham, Woods, G. McGregor, B. Pierrick

Baca yang lain