Jaringan Sendiri Mert Muldur Buatkan Turkiye Tersingkir Di Tangan Belanda

Belanda melengkapkan senarai 4 pasukan yang akan beraksi di separuh akhir Euro 2024. Belanda menewaskan Turki 2-1 dalam aksi suku akhir.

Turki menerima tamparan hebat sebelum perlawanan kerana penjaring 2 gol di suku akhir, Merih Demiral digantung dua perlawanan.

Ianya gara gara keraian golnya yang dianggap kontroversi.

Belanda menurunkan kesebelasan terkuat mereka dalam perlawanan ini untuk kejohanan Euro 2024.

Dalam aksi menentang Belanda, Turki bermula sangat baik dan mendahului menerusi tandukan Samet Akaydin minit ke-35 perlawanan. Untuk meletakkan  Turkiye di hadapan pada separuh masa pertama.

Namun Belanda bangkit dengan dua gol pada separuh masa kedua. Gol pertama Belanda adalah menerusi tandukan pemain veteran Stefan de Vrij yang melonjak tinggi.

Kemudian asakan ke gawang Turki membuatkan Mert Muldur tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang Cody Gakpo daripada menyambar bola.

Belanda bermain lebih dominan dari segi penguasaan bola. Namun dari segi ancaman ke gawang gol, kedua dua pasukan adalah sengit dan sama hebat. Cuma nasib tidak menyebelahi Turkiye apabila pemain mereka menjaringkan gol sendiri.

Turkiye terpaksa menerima kekalahan setelah permulaan yang sangat baik dalam perlawanan ini. Namun ianya masih dikira kempen yang sangat baik dan mengujakan daripada Turkiye. Terutama sekali lahirnya bintang baharu mereka dalam pertandingan ini iaitu Arda Guler.

Belanda meneruskan kemaraan mereka untuk menempah slot pertembungan dengan England yang menang ke atas Switzerland dalam aksi lebih awal.