Jaringan Sonaldo Nazario, Dribble 71.4 Meter Dalam 11 Saat Dipilih Gol Tercantik EPL 2019/20

Gol luar biasa bintang Tottenham Hotspur Son Heung Min pada aksi beliau berdepan Burnley telah terpilih sebagai  gol yang terbaik dalam Liga Perdana 2019/2020.

Gol sensasi Son Heung Min menentang Burnley di Liga Perdana Inggeris itu dilakukan pada Disember lalu, di mana Son kerasukan Ronaldo Fenomeno ketika itu, menggelecek habis semua lawan di depannya.

Tidak dapat dinafikan bahawa gol pemain sayap Korea Selatan itu sangat hebat dan selayaknya memenagi anugerah tersebut.

Son Heung Min Mendapat bola dari kawasan pertahanan Spurs, lalu Son membuat larian solo dan merembat tepat ke arah gawang Burnley.

Sebanyak enam pemain Burnley gagal menghentikan kepantasan Son sehinggalah jejaka Korea itu berjaya masuk ke dalam kotak penalti dan menewaskan penjaga gol Nick Pope.

Gol itu meletakkan Spurs 3-0 pada separuh masa pertama, melengkapkan kemenangan 5-0 ke atas pasukan Sean Dyche.

Gol sensasi Son menentang Burnley menewaskan sembilan calon lain, termasuk gol dari Bruno Fernandes dan Kevin De Bruyne.

Jurulatih Tottenham Jose Mourinho memuji gol luar biasa Son dengan cara yang serupa ataupun persis dengan Ronaldo Luis Nazario.

Ronaldo, yang digelar Il Fenomeno, seringkali menjaringkan gol dengan larian solo. Memiliki bola dan kelajuan yang baik menjadikannya mampu melakukan banyak gol yang menakjubkan.

“Sebelum menjaringkan gol ini, anak saya memanggilnya Sonaldo dan pada hari namanya Sonaldo Nazario,” kata Mourinho seperti dikutip oleh Daily Mail.

“Satu-satunya perkara yang terlintas dalam fikiran saya adalah gol yang membuat saya merasa satu penghormatan untuk menontonnya dengan Mr [Bobby] Robson.”

“Pada masa itu Barcelona bertemu dengan Compostela pada tahun 1996 dan Ronaldo Nazario menjaringkan gol yang serupa dengan apa yang dilakukan Son,” jelas Mourinho.

 

Syabas kepada Son Heung Min.

Maka tepatlah tag bahawa beliau pemain Asia paling bernilai pada pasaran perpindahan ketika ini.

Pemain yang sangat kompetitif di arena bola sepak Eropah.

Baca yang lain