Jaringkan Gol Kemenangan, Hojlund Bantai Keraian Siuuu Dengan Ronaldo

Rasmus Hojlund mencetak gol tunggal kemenangan Denmark ke atas Portugal dalam aksi Liga Negara Eropah pada perlawanan suku akhir pertama mereka.

Dan pemain itu meraikan gol tersebut dengan gaya siuuu di hadapan Cristiano Ronaldo.

Peminat bola sepak berbagi pendapat tentangnya. Ada yang menganggap ianya ejekan buat Ronaldo. Dan ada pula yang menganggap itu tanda penghormatan kepada GOAT.

Apa sahaja alasannya, gol itu adalah gol penting  buat Denmark untuk menewaskan bekas juara Piala Negara Eropah tersebut di hadapan penyokong mereka sendiri.

Sebelum perlawanan, Diogo Dalot menggariskan betapa mereka ssemua pemain Portugal mahu membantu Crstiano Ronaldo untuk memenangi Piala Dunia yang akan datang.

Walaupun ada pihak mendakwa Ronaldo memberikan pengurus mereka dilema dalam pemilihan pemain. Namun itu bukan isunya kata Dalot.

Portugal menurunkan skuad terkuat mereka di atas padang dengan trio tengah, Bruno Fernandes, Vitinha dan Joao Neves.

Di serangan mereka ada gandingan 3 serangkat, Rafael Leao, Ronaldo dan Pedro Neto.

Namun di atas padang, Denmark yang lebih menyerlah dengan 23 percubaan ke arah gol dilancarkan berbanding hanya 8 oleh Portugal.

Rasmus Hojlund memulakan kehidupannya di United dengan agak turun naik. Dan prestasi dia di skuad kebangsaan sentiasa memberangsangkan.

Ramai peminat United berharap penyerang itu akan membawa rentak prestasinya ke Old Trafford selepas ini dan terus kekal konsisten.

https://twittter.com/i/status/1902842404719198645