Jason-Laura Kenny Kini Pasangan Suami Isteri Paling Berjaya Di Olimpik Dan Team GB

Pasukan Britain telah menikmati Olimpik cemerlang mereka di Tokyo. Dan pada hari terakhir, pasangan suami isteri, Jason Kenny dan Laura Kenny menambah lagi pingat untuk Team GB.

Pasangan suami isteri ini kini menjadi atlet lelaki dan wanita yang paling cemerlang untuk pasukan Britain.

Britain terus menguasai acara velodrome di Sukan Olimpik. Laura Kennyy dan gandingannya, Katie Archibald berjaya memenangi emas dalam acara madison wanita yang pertama kalinya dipertandingan di Olimpik.

Kejayaan itu menyaksikan Laura Kenny meraih emas kelima dalam acara basikal olimpik dan sekaligus memahatkan namanya sebagai wanita British pertama memenangi emas dalam 3 temasya Olimpik berturut turut.

Seterusnya suaminya, Jason Kenny memang nama yang gah di Britain dan di pentas dunia. Beliau berjaya memenangi acara keirin final menewaskan Azizulhasni dengan cara yang sangat luar biasa.

Emas tersebut merupakan yang ketujuh dalam karier Olimpik Jason Kenny. Dan lebih manis, beliau sekali lagi berkongsi detik emas bersama isterinya.

Kejayaan itu juga membolehkan Jason Kenny menjadi atlet lelaki Britain yang paling berjaya dalam sejarah olimpik. Beliau juga ada 2 pingat perak sebagai tambahan.

Bukan semua orang ada peluang menjadi seperti suami isteri ini. Meraikan detik emas bersama sama di dalam satu venue. Terutama sekali di peringkat olimpik.

Laura Kenny turut berjaya mengikut jejak langkah suaminya untuk menjadi atlet wanita paling berjaya di Olimpik untuk Team GB dengan kejayaan emas di acara madison.

Kejayaan itu menyaksikan Laura kini sudah ada enam pingat olimpik, sebaris dengan atlet ekuestrian Charlotte Dujardin. Namun dia berada di atas Charlotte kerana ada 5 emas berbanding 3 oleh Charlotte.

Secara keseluruhannya, pasangan Kenny ini berjaya menyumabngkan 15 pingat olimpik kepada Britain sepanjang karier mereka. Jason memenangi emas pertamanya di Beijing 2008 dalam acara sprint berpasukan lelaki. Dia turut memenangi perak dalam acara sprint individu.

Laura melakukan debutnya pada 2012 di Olimpik London dan membawa pulang 2 emas dalam penampilan sulungnya. Seperti suaminya, Laura turut cemerlang dalam acara berpasukan.

London 2012 juga menjadi temasya yang cemerlang buat Jason. Di mana beliau bukan sahaja mempertahankan emas dalam acaram sprint berpasukan tetapi turut memenangi emas dalam acara sprint individu.

Dan di Olimpik Rio, Jason Kenny memenangi emas pertama dalam acara keirin dalam kariernya.

Pasangan Kenny ini tidak menoleh ke belakang langsung. Dan di Tokyo medua dua mereka masing masing meraih 2 pingat lagi. Bukan sahaja menjadi atlet wanita dan lelaki paling berjaya di Olimpik untuk TEAM GB, malah Jason dan Laura menjadi pasangan suami isteri yang paling berjaya di arena olimpik setakat ini.

Β