Javier Tebas Sindir Barcelona Antara Punca La Liga Di Ranking Ke-4 Liga Eropah

Javier Tebas sempat menyindir Barcelona ketika menjawab kritikan ke atasnya. Baru baru ini, La Liga diumumkan sebagai liga di ranking ke-4 dalam carta liga utama Eropah.

EPL berada di tangga teratas diikuti oleh Serie A dan Bundesliga.

Jorge Calabres membidas Tebas yang mempertahankan agar kelab kela di La Liga menandatangani CVC. Satu perjanjian melibatkan audi visual untuk 50 tahun yang akan dikendalikan sebuah syarikat.

Ini bermakna kesemua video dan hak visual kini akan turut diakses oleh CVC. Dan setiap kelab harus mendapatkan kebenaran untuk menyiarkan beberapa konten berkaitan atau terkena isu hak cipta.

Real Madrid dan Barcelona antara yang menentang CVC ini. Barcelona dan Real Madrid masih mahu mengawal hak ekslusif untuk konten mereka sendiri.

Tebas sempat menyindir Barcelona waktu itu menyatakan jika mereka menerima tajaan CVC mereka akan berpeluang mendaftarkan Lionel Messi. Namun Barca menolaknya bersama dengan Real Madrid.

“Barcelona – saat ini – menentang pelaburan CVC keranna kami tidak ingin menyerahkan pendapatan masa depan bersama dengan Real Madrid,” tegas kenyataan itu.

CVC sememangnya akan menyediakan dana yang besar untuk Barcelona, ​​​​dan juga Real Madrid.

Namun, dalam proses pembayaran balik pinjaman, terdapat kalusa yang membebankan. CVC akan mengambil 11 peratus daripada pendapatan penyiaran kelab setiap tahun.

Dan, proses mendapatkan hak penyiaran akan berlangsung selama 50 tahun!

Jadi, Barcelona merasakan CVC menawarkan tawaran yang tidak baik dari segi jangka panjang.

Namun Tebas mendesak semua kelab menerima CVC. Tebas berkata dengan perjanjian CVC ini, La Liga akan dapat merapatkan jurang pendapatan dengan Liga Perdana Inggeris sekaligus mengatasi liga itu sebagai no.1 di Eropah.

Malangnya, kedudukan semasa tidak begitu. Membuatkan wartawan Marca membidas Tebas.

Calabres berkata: “Tuan Javier Tebas, sudah sudah la membohong. La Liga kini berada di ranking ke-4 [dalam coefficient UEFA] pada 2023. Pertama pada 2020, kedua pada 2021, dan ketiga pada 2022.”

“Kelab yang paling cemerlang adalam kelab yang tidak menandatangani CVC. Dan mereka yang menyokongnya adalah mereka yang membawa kepada kejatuhan La Liga.”

Tebas dengan nama selamber membalas:

“Kau ni masih tak faham lagi tentang perkara ini, walaupun kau sedang bercuti sekarang ni pun kau tak luangkan masa nak mengkaji isu ini.”

“Tidakkah kau tahu yang kejatuhan La Liga dalam ranking UEFA adalah kerana kelab yang menjuarai La Liga [Barcelona] menikmati musim yang teruk di Eropah? Ini klu untuk kau sedar segera. Ini bukannya daripada kelab penyokong CVC tetapi kelab yang berada dalam Liga Super Eropah la ‘pandai’,” kata Tebas menyindir wartawan itu dan Barcelona sambil letak emoji gelak keluar air mata. 

Baca yang lain