Jawapan Sama Ada Robin Van Persie Berdarah Indonesia Akhirnya Dijawab Sendiri Ayahnya

Ayah Robin Van Persie akhirnya menjawab tentang laporan yang menyatakan bahawa dia adalah keturunan Indonesia.

Indonesia kini menjadi antara negara-negara yang rancak dengan program mencari pemain warisan atau pun kacukan yang cuba dibawa masuk mewakili Indonesia.

Sebelum ini nama seperti Radja Nainggolan antara pemain yang memiliki darah keturunan Indonesia. Di mana pemain itu benar benar berbangga dengan susur galur keturunannya.

Seterusnya nama Giovanni Van Bronckhorst juga dikatakan ada darah keturunan Indonesia. Sehingga peminat mereka menganggap Belanda pun bergantung kepada bakat bakat berdarah Indonesia.

Dalam skuad negara Indonesia hari ini sarat dengan nama nama bintang kacukan atau pemain warisan berdarah Indonesia. Antaranya Elkan Baggot dan ramai lagi.

Seterusnya peminat juga mulai teruja apabila mendengar bahawa Robin Van Persie juga asal Indonesia seperti yang diklaim beberapa portal sukan mereka.

Sebelum ini beberapa portal sukan di Indonesia mendedahkan bahawa Robin Van Persie berdarah Indonesia.

Ini bermakna anak kepada Robin Van Persie boleh menjadi pemain kacukan atau keturunan untuk mewakili Indonesia.

Seorang wartawan Indonesia cuba bertanya sendiri kepada pihak ayah Robin Van Persie dengan menghantar e-mail rasmi. Dan ianya dibalas dengan baik oleh ayah Van Persie iaitu Bob Van Persie.

Menurut wartawan Eka Tanjung dari Sepakbolanda dia berkata: β€œSepakbolanda menerima email jawapan dari Bob van Persie, ayah kandung Robin. Mengulas tentang pertanyaan, apakah anak lelakinya memiliki garis keturunan dari Indonesia.

β€œBob menulis dalam e-mail itu menyatakan bahawa Robin 100% berdarah Belanda,” tulis Eka Tanjung.

β€œKalaupun memang ada hubungan keluarga mereka dengan Indonesia. Dahulu datuk dan ayah saya bekerja di Hindia Belanda sebagai angkatan laut Kerajaan Belanda,” tegas Bob van Persie.

Jadi peminat bola sepak Indonesia kini sudah mengetahui jawapan sebenar tentang status RvP.

Jika mereka mahu menggunakan khidmat anak Robin Van Persie mereka boleh cuba menaturalisasi pemain itu.

Robin Van Persie antara legenda bola sepak dunia. Dia cemerlang bersama dengan kelab seperti Arsenal dan Man United. Selain itu dia juga menjadi antara penyerang terbaik eranya ketika bersama dengan Belanda.

Van Persie terkenal dengan corak permainan laju dan tajam di hadapan gol. Menjadikan dia mesin gol yang digeruni.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil