Jawapan Tenang Tuchel Jawab Guardiola Yang Label Chelsea Menang UCL Kerana Long Ball

Thomas Tuchel akan melayan kunjungan Pep Guardiola pada hari ini dalam aksi Liga Perdanan Inggeris.

Dalam beberapa bulan terakhir ini, Chelsea sudah membentuk pasukan yang sangat sukar dikalahkan di bawah kendalian Tuchel.

Menjelang perlawanan ini Guardiola melabel taktikal long ball oleh Tuchel menjadi sebab utama pasukan itu menang Liga Juara Juara Eropah musim lalu.

Di mana dalam aksi final Manchester City tewas di tangan paukan Chelsea.

Guardiola berkata: “Kami bermain final yang hebat. Kami kalah tetapi kami bermain di final yang hebat. Harus diakui kami tak cukup tajam dalam fasa akhir perlawanan.”

“Kami kalah dalam perebutan bola kedua dan transisi mereka [Chelsea] sangat bagus. Mereka berterusan memenangi bola, lagi dan lagi, untuk membuat transisi segera.”

“Secara defensif, mereka memiliki struktur yang sangat bagus, dari segi fizikaliti, pergerakan dan kualiti di ruang sempit. Mereka mengawal semua bahagian menjadikan ia final yang sukar berdepan pasukan luar biasa.”

“Apabila saya melihat kembali perlawanan itu, kita bermain dengan keinginan dan personaliti, malangnya, kita tak mampu berdepan dengan taktikal serangan balas, hantaran lambung, bola kedua, di mana mereka lebih baik daripada kita dan menewaskan kita.”

Istilah long ball itu membuatkan ramai penyokong Chelsea tidak senang. Seolah olah pasukan Tuchel bermain bola sepak negatif. Beberapa bulan lalu, Louis Van Gaal menuduh Chelsea sebagai pasukan defensif.

Ramai peminat Chelsea menganggap Guardiola menggunakan alasan murah kerana tidak dapat menerima kekalahan dengan semangat kesukanan.

Tuchel menjawab lebih tenang sindiran Guardiola itu.

“Apabila kamu berdepan Manchester City, dan masa masa macam ni, kamu harus bermain dengan sangat kompleks.”

“Ini bukan melibatkan hantaran panjang dan bola kedua semata mata, sebaliknya ia tentang keupayaan hantaran panjang dan bola kedua itu [dari segi kualiti].”

“Ia berkaitan dengan bagaimana kamu melepaskan diri daripada tekanan [pressing] dengan kualiti hantaran kamu serta gelecekan, ditambah dengan semangat, intensiti, serta memenangi bola kedua.”

“Ini juga berkaitan dengan kepayahan, cara bertahan, tidak boleh terlalu pasif. Ia berkaitan dengan semua perkara.”

“Ini adalah satu cabaran yang sangat besar, mereka [Man City] akan memberikan tekanan yang sangat kuat kepada kamu.”

“Perkara seperti ini akan menjadi perdebatan yang tiada penghujungnya. Kamu akan mendapati ada orang yang memiliki perasaan yang sama, berpendapat bahawa kami layak memenangi UCL, dan kamu juga akan jumpa orang yang akan mempertikaikannya, dan di satu sudut lain, kita rasa semua orang adalah betul.”

“Ketika saya menganalisis 3 perlawanan terakhir [Tuchel vs Guardiola], saya masih rasa ianya patut sebaliknya. Jika City skor gol pertama, kita mungkin akan ada perbincangan yang sangat berbeza sekarang ini.”

“Jadi, ini adalah tentang gol pertama, reaksi, pertahanan, bentesan, bola terkena palang atau masuk, ini semua berkaitan dengan keperincian. Kami tak boleh sesekali hilang intensiti atau fokus berdepan pasukan Pep. Ini adalah mustahil, kamu faham kan apa yang saya cuba katakan.”

“Saya jangkakan aksi 50/50 esok [hari ini] dan kami sangat tahu betapa kuatnya mereka. Kami juga mahu membuatkan perlawanan ini sukar untuk City sekali lagi.”