JDT kini menyamai rekod yang pernah dicipta oleh Kedah sebagai juara double Treble. Ini selepas mereka menjuarai Piala Malaysia 2023 selepas mendakap Liga Super dan juga Piala FA.
JDT turun dalam misi mempertahankan Piala Malaysia yang mereka menangi musim lalu. JDT berdepan dengan Terengganu pada aksi final edisi 2023.
Permukaan padang jelas sekali sangat teruk dengan cuaca hujan yang turun sebelum perlawanan lagi.
Kedua dua pasukan menurunkan kesebelasan terkuat yang mereka miliki untuk perlawanan ini.
KESEBELASAN UTAMA PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2023
Bagi yang tidak berpeluang ke stadium malam ini, saksikan siaran langsung di Astro Arena (801), Astro Arena Bola (803), Astro Supersport UHD (807), Astro GO, TV OKeY dan Sukan RTM!#PialaMalaysia2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/wxebrBpxYe
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 8, 2023
Separuh masa pertama
Aksi separuh masa pertama diwarnai dengan kedua dua pasukan masing masing melakukan kesilapan defensif dengan memberikan penalti kepada lawan masing masing.
Fernando Forrestierri memenangi penalti sewal minit ke-3 perlawanan. Selepas pengadil merasakan ada kekasaran dari belakang. Pemain pemain Terengganu membantah penalti itu. Namun pengadil kekal dengan pendiriannya.
Pakar sepakan penalti JDT, Bergson tiada masalah untuk menyempurnakan penalti itu dengan menghantar penjaga gol ke sudut bertentangan, untuk meletakkan JDT 1-0 di hadapan.
GOL!
Bergson 6'
JDT 1 -0 Terengganu#DemiLigaKita #PialaMalaysia2023 pic.twitter.com/nigjAMTKOL
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 8, 2023
Pada minit ke-19, Jordi Amat tersilap agak bola dan membolehkan Terengganu mendapat peluang gol menerusi Ivan Mamut. Namun pemain Terengganu itu dikasari Jordi Amat.
Pengadil mengambil sedikit masa untuk meminta penilaian pembantu pengadil, dan akhirnya penalti diberikan. JDT mungkin boleh menarik nafas lega kerana Jordi Amat tidak dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas pemain yang memiliki peluang gol terhidang.
Ivan Mamut sendiri mengambilnya dan merembat bola rendah yang masuk pada minit ke-21. Ianya penalti berkualiti tinggi daripada pemain import Terengganu itu.
GOL!
Ivan Mamut 21'
JDT 1 – 1 Terengganu #DemiLigaKita #PialaMalaysia2023 pic.twitter.com/BQp86QDZtD
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 8, 2023
Perlawanan kemudian agak seimbang dengan kedua dua pasukan berhati hati bermain di permukaan padang yang licin.
Bergson kemudian melakukan percubaan jarak jauh yang berjaya diselamatkan oleh Suhaimi Husin dengan menepis bola tersebut pada minit ke-34.
Arif Aiman menjelmakan percubaan pada minit ke-38. Dan itu adalah percubaan pertama beliau.
Habib Haroon mencuba nasibnya dengan melakukan percubaan jarak jauh dari luar kotak penalti. Namun sepakan itu melayang tinggi.
Pada minit ke-43, Arif Aiman melakukan umpanan menerusi cut back yang sangat cantik. Heberty berjaya menyambar bola namun kualiti percubaannya tidak bagus dan bola tinggi. Itu peluang terbaik JDT menambah gol sebelum rehat.
Pengadil memberikan empat minit masa tambaha. Dengan Heberty cuba merembat terus sepakan percuma dari luar kotak penalti. Namun bola tinggi sekali lagi.
Separuh masa pertama berakhir dengan JDT 1 Terengganu 1.
Separuh masa kedua
Separuh masa kedua, Syahmi Safari dimasukkan menggantikan Corbin Ong. Dan Syahmi melakukan percubaan bahawa pada minit ke-53 yang sedikit tersasar.
Terengganu kemudian melancarkan serangan balas. Tetapi malang sekali keputusan yang dibuat pemain pada fasa akhir serangan itu lemah dan Syihan mengeluarkan bola.
Bergson mengacah 2 pertahanan Terengganu dan melepaskan rembatan deras dari jarak jauh.
Terengganu mendapat peluang terbaik untuk mendahului apabila Ivan Mamut menerima hantaran licik daripada Murillo. Tetapi penjaga gol no.1 Malaysia, Syihan Hazmi mendepakan badannya untuk menghadang percubaan jarak dekat itu.
Pada minit ke-72, pemain gantian, Feroz Baharudin, tanpa disangka sangka telah meletakkan JDT di hadapan menerusi satu tandukan kilas yang tepat, setelah menerima hantaran daripada sepakan penjuru Arif Aiman.
GOL!
Feroz Baharudin 73'
JDT 2 – 1 Terengganu #DemiLigaKita #PialaMalaysia2023 pic.twitter.com/3YDVKX7ADi
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 8, 2023
Detik cemas kemudian berlaku melibatkan Ubaidullah dan Suhaimi Husin apabila kedua dua rakan sepasukan itu bertembung dan memaksa petugas perubatan pasukan bergegas merawat mereka.
Namun kedua duanya boleh meneruskan permainan. Cuma selepas itu Ubaidullah dikeluarkan kerana dilihat mengalami sedikit kesakitan.
Bergson tampil dengan satu ancaman dari kiri. Malangnya dia merembat liar.
Suhaimi Husin diancam dengan 2 percubaan oleh Arif Aiman dan kemudian Heberty. Namun penjaga gol Terengganu itu berjaya melakukan penyelamatan tangkas dan cemerlang.
Pengadil memberikan masa kecederaan sebanyak 5 minit.
Ketika Terengganu berusaha untuk melakukan sesuatu pada minit minit akhir. Mereka disentak lagi oleh keputusan pengadil yang menghadiahkan penalti kepada JDT. Ianya selepas Arif Aiman dijatuhkan dalam kotak penalti.
Pemain pemain Terengganu membantah penalti itu dengan merasakan Arif Aiman dijatuhkan di luar kotak penalti. Namun pengadil kekal dengan keputusannya.
Berlaku sedikit perbincangan antara Arif Aiman dan Bergson yang masing masing mahu mengambil penalti itu. Akhirnya Bergson mengalah dan memberikan kepada Arif Aiman.
JDT akhirnya berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia mereka dengan kemenangan 3-1.
JDT ADALAH JUARA DOUBLE TREBLE!