JDT Catat Kehadiran Penyokong Tertinggi, KL City Di 3 Terbawah

Harus diakui JDT adalah kuasa dominan di dalam Liga Malaysia. Mereka memonopoli Liga Malaysia selama 9 musim berturut turut.

Dengan nama nama besar yang bermain untuk JDT, serta aspirasi pemilik kelab, TMJ, menjadikan JDT kelab yang berjaya menarik kehadiran penyokong ke stadium sama ada di laman sendiri atau di tempat lawan.

Kehadiran penyokong ke stadium sangat penting dalam membantu ekonomi kelab. Ianya antara sumber utama pendapatan kelab untuk meneruskan kelangsungan operasi.

Dalam satu data statistik yang dikeluarkan oleh JST, JDT berjaya menarik 181, 316 penyokong ke stadium Sultan Ibrahim atau SSI.

Dan JDT turut menarik seramai 115,267 penyokong di tempat lawan untuk aksi Liga Super Malaysia musim ini.

Di tangga kedua adalah Sabah. Di mana Sabah mencatatkan kehadiran penyokong hampir 100,000 ke tempat sendiri dan menarik sekitar 71,000 lagi di tempat lawan.

Prestasi Sabah yang cemerlang kekal berada di kelompok teratas antara faktor penting menarik kehadiran penyokong.

Selain itu, komuniti Sabah di Semenanjung Malaysia turut menyumbangkan suara sokongan mereka setiap kali pasukan tersebut beraksi di tempat lawan, di luar Borneo.

Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah, merupakan 3 lagi pasukan yang mencatatkan kehadiran lebih 50,000 penyokong ke stadium sendiri musim ini.

5 pasukan dengan kehadiran penyokong tertinggi mencatatkan angka terkumpul lebih 100k.

Kehadiran paling rendah di tempat sendiri dan di tempat lawan milik PJ City. Namun harus difahami bahawa mereka bukan kelab yang berasaskan negeri.

Agak mengecewakan adalah KL City yang turut berada dalam 3 terbawah. Walaupun dalam 2 musim terakhir mereka sangat cemerlang. Memenangi Piala Malaysia dan juga mara ke final Piala AFC.

Berikut data kehadiran penyokong yang dikongsikan oleh JST.