JDT Cuci Gudang, Esteban Solari, Leandro Ketuai Senarai Dilepaskan, Akhyar Rashid Dipinjamkan

JDT sebelum ini sudah menyatakan bahawa mereka mahu cuci gudang untuk mengurangkan kos perbelanjaan pasukan mereka pada musim akan datang.

Namun begitu, agak mengejutkan apabila ketua jurulatih mereka dan juga pemain seperti Leandro Velasquez antara nama yang berada di dalam senarai.

Selain daripada itu, JDT turut meminjamkan beberapa pemain bintang mereka ke kelab lain pada musim hadapan termasuk bintang import kelab iaitu Oscar Arribas dan bintang Harimau Malaya, Akhyar Rashid.

Dalam kenyataan rasmi kelab tersebut, JDT berkata: “Johor Darul Ta’zim FC (JDT) ingin merakamkan ucapan terima kasih dan ucapan kepada jurulatih, pemain pemain dan staf yang akan meninggalkan JDT, selamat maju jaya kepada semua di masa hadapan.”

“Harimau Selatan akan melalui fasa transformasi dan akan menyaksikan pengurangan kos sekitar 30-40% dari segi perbelanjaan atas keperluan untuk penstrukturan semula kewangan kita bagi meneruskan kemampanan. Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak kami dalam enam, tujuh tahun yang lalu.”

“Antara mereka yang akan meninggalkan Harimau Selatan termasuk coach Esteban Solari, Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero dari staf kejurulatihan.

“Pemain pemain seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo juga akan meninggalkan JDT.”

“JDT juga mahu mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain pemain yang akan pergi secara pinjaman seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli. Luaskan Kuasamu Johor.”

Menerusi satu komen TMJ di media sosial, beliau berkata: “JDT akan menjadi pasukan underdog [bukan pilihan] tahun depan. Akan ada ramai lagi yang akan leluar dari kelab. Proses berjimat. Staedium jarang penuh. RM10 saja untuk tiket terbuka. Apapun kita doa yang terbaik untuk kelab.”

“Terima kasih kepada semua yang menyokong kami.”