JDT Diundi Kelab Terhebat AFC Cup Dalam Tempoh Sedekad

Para peminat bola sepak seluruh benua Asia telah memilih Johor Darul Ta’zim sebagai pasukan paling hebat di kejohanan AFC Cup dalam tempoh sedekad.

Kejayaan JDT ini diraih melalui satu undian yang dibuat oleh the-AFC.com yang bermula pada 3 Februari lalu dan berakhir pada 9 Februari 2020.

Undian ini membabitkan lima pasukan gergasi Asia yang lain termasuklah JDT.

1) JDT Kelab Terhebat AFC

Tamat proses undian maka peminat seluruh Asia dan mungkin juga peminat bola sepak dari seluruh dunia termasuk Antartika yang telah mengundi JDT meraikan kejayaan JDT memenangi Anugerah pasukan Terhebat AFC dalam sedekad.

Seramai 81,176 peminat bola sepak telah membuat undian dan sebanyak 80 peratus atau kira-kira 64,940 daripada undian telah memilih JDT.

JDT jauh meninggalkan Air Force Club ditangga kedua yang hanya mendapat 12 peratus atau 9,741 undian sahaja.

Sangat dominan JDT untuk menjadi kelab paling hebat di AFC Cup.

Johor DT – 80%
Air Force Club – 12%
Qadsia FC – 6%
Kuwait FC – 2%
Al Ahed – 1%

Sepanjang dekad ini, kejohanan AFC Cup ini telah didominasi oleh kelah daripada barat asia terutamanya daripada kelab Arab yang gagah perkasa.

JDT telah menjadi wira tunggal juara pertama daripada Asia Timur dan apatah lagi Asia Tenggara hanya dua tahun selepas diwujudkan atas jenama JDT.

Diperingkat kumpulan lagi potensi JDT sudah dipamerkan apabila menjadi juara kumpulan F dan bertemu Ayeyawady United di pusingan kalah mati.

Kelab Myanmar mudah ditewaskan dan bertemu pasukan handalan Hong Kong, South China SC di suku akhir dan mara ke separuh akhir.

Qadsia SC telah dibatalkan penyertaan dan memberi laluan percuma untuk JDT mara ke final bertemu FC Istiklol.

Lalu JDT(Juara Di Tajikistan) menang di perlawanan akhir hasil jaringan tunggal Leandro Velazquez yang sudah cukup untuk mengukir nama JDT dalam sejarah AFC Cup.

2. Air Force Club – Iraq

Pasukan kelab dari Iraq ini mencatatkan satu keputusan yang sangat luar biasa dalam sejarah kejohanan AFC Cup ini yang merupakan antara kejayaan terulung.

Air Force Club telah mencatatkan kejuaraan hatrik bermula tahun 2016, 2017 dan 2018. Air Force Club juga dikenali sebagai Al-Quwa Al-Jawiya.

Pada tahun 2018 ketika menjadi juara buat kali ketiga secara berturut-turut, Air Force Club telah mencatatkan rekod tanpa kalah.

Pada tahun 2019, Air Force Club telah mula beraksi di AFC Champions League maka tiada lagi peluang untuk kelab Iraq itu membuat rekod yang menakjubkan.

3. Qadsia SC – Kuwait

Selain daripada Kuwait SC, Qadsia SC merupakan satu lagi pasukan daripada Kuwait yang menjadi pasukan yang dominan di AFC Cup sejak 2010.

Tiga kali Qadsia SC berjaya mara ke final tetapi tewas pada dua perlawanan pada tahun 2010 dan 2013.

Akhirnya gelaran juara berjaya diraih Qadsia SC pada tahun 2014 menewaskan pasukan daripada Iraq, Erbil di penentuan sepakan penalti.

Qadsia SC terus cemerlang ditahun 2015 namun penyertaan mereka dibatalkan walaupun sudah mara ke separuh akhir.

FIFA telah menggantung Kuwait Football Association kerana campur tangan kerajaan dalam persatuan bola sepak Kuwait.

Kuwait SC juga menerima nasib yang sama. Tahun 2019 menyaksikan pasukan Kuwait itu kembali ke AFC Cup.

Mampukah mereka terus mendominasi untuk dekad baru?

4. Kuwait SC – Kuwait

Jika Air Force Club menguasai penghujung dekad, Kuwait SC pula menjadi penguasa di awal dekad dengan mengecap kejuaraan AFC Cup pada tahun 2009.

Pada tahun 2011, kelab Kuwait itu sekali lagi mara ke perlawanan akhir tetapi tewas kepada FC Nasaf dari Uzbekistan 2-1.

Nyata kekalahan itu menyakitkan hati Kuwait SC yang menukarkan kesakitan itu kepada satu kekuatan tanpada batas.

Kuwait SC muncul juara AFC Cup pada tahun 2012 dan 2014 tanpa rasa melekit dan menjadi pasukan pertama bergelar juara sebanyak tiga kali.

Kelab paling banyak mara ke final dengan 4 penampilan dan 3 kejuaraaan.

5. Al Ahed – Lebanon

Jika undian untuk memilih pasukan manakah yang paling padu bahagian pertahanan mereka di AFC Cup maka tiada lagi pasukan paling layak kecuali Al Ahed.

Al Ahed merupakan juara dekad terakhir dengan penuh bergaya dan boleh dikatakan tidak boleh bawa bincang dan pecah kepala.

Kelab dari Lebanon itu telah menjadi juara tanpa sebarang kekalahan dialami dalam semua perlawanan untuk ke perlawanan akhir.

Al Ahed juga hanya bolos tiga gol sahaja sepanjang kejohanan ini dan tidak bolos di peringkat kalah mati hinggalah ke final.

 

Baca yang lain