JDT Juara Lagi, Mauricio Penjaring Sulung; Ini 5 Fakta Aksi Piala Sumbangsih 2020

Johor Darul Ta’zim menjamu kunjungan pasukan Kedah dalam aksi Piala Sumbangsih.

Aksi kali ini menemukan Juara domestic double musim lalu, JDT dengan juara Piala FA, pasukan Kedah.

Dan ini juga merupakan perlawanan LS1 dalam kalendar Liga Super Malaysia.

JDT dalam misi mempertahankan kejuaraan liga mereka pada musim ini.

JDT menang 1-0 menerusi jaringan separuh masa pertama oleh Mauricio.

Berikut 5 fakta ringkas tentang aksi Piala Sumbangsih pada hari ini:

1. Perlawanan kompetitif pertama di Stadium Sultan Ibrahim

Stadium sebab canggih, Stadium Sultan Ibrahim telah dirasmikan pada 22 Februari yang lalu.

Dan ia rasminya ia telah menganjurkan perlawanan kompetitif pertama pasukan Johor Darul Ta’zim – iaitu aksi Piala Sumbangsih di antara JDT dan Kedah.

https://l.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fwww.semuanyabola.com%2Fjdt-langkah-kanan-di-laman-baharu%2F&h=AT0ERaZhphJFArYHLmFRM8Q3UGR7r8Cm2g6tY4Y042FUHuenYD7SvgA_-JGzWDLoUCOxSl7jdxTG9TGxMzGOMn2-uDEwBv4ZnyyT-80MRECp7HpmCkVbs4GkNVpG0HIvDQ0&s=1

Kepada semua Fans JDT dan Kedah, semoga selamat tiba di destinasi masing masing.

Stadium yang berkapasiti 40,000 tempat duduk penyokong itu menelan kos kira kira RM200,000,000.

Ianya menjadi simbol kebanggaan terbaru Johor Darul Ta’zim.

2. Mauricio penjaring pertama

Mauricio telah menjadi penjaring gol pertama Johor Darul Ta’zim dalam aksi kompetitif di gelanggang baru, Stadium Sultan Ibrahim.

Agak unik kerana gol pertama adalah daripada seorang pemain bek tengah. Ianya satu sejarah yang akan kekal selama – lamanya.

Mauricio menanduk masuk umpanan Gonzalo Cabrera pada minit ke-45.

3. Bek tengah Brazil JDT sekali lagi menjadi penjaring

JDT sekali lagi membuka kempen liga dengan jaringan pembukaan menerusi pemain bek tengah.

Dan paling unik, sudah 3 kali bek tengah dari Brazil menjadi penjaring gol dalam Piala Sumbangsih sejak 2015.

4. Dominasi JDT dalam Piala Sumbangsih

JDT terlalu unggul dalam beberapa musim ini dalam aksi Sumbangsih. Sama dengan dominasi mereka di arena Liga Super Malaysia.

Dalam enam edisi terakhir, JDT telah menjuarai 5 daripada trofi Sumbangsih yang mereka sertai.

Dalam tempoh tersebut hanya Kedah (2017) berjaya menewaskan mereka.

JDT terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pemenang kedua terbanyak Piala dengan 5 kejuaraan.

Hanya pasukan Selangor (8) menurutnya lebih banyak terletak menjuarainya lebih banyak daripada JDT.

5. Kedah dan JDT terbanyak bertemu dalam 5 musim terakhir

Kedah dan JDT bertemu dalam aksi Piala Sumbangsih. Ini merupakan aksi final ketiga melibatkan Kedah dan JDT dalam 5 musim terakhir ini.

2 pertemuan dimenangi oleh JDT dan satu dimenangi Kedah.

Syabas JDT!

Tahniah kepada JDT kerana kejayaan menyimpan terus Piala Sumbangsih di kabinet piala mereka di Johor.

Kepada Kedah, semoga perbaiki segala kelemahan yang ada. Kerana Kedah dianggap sebagai pencabar kepada JDT.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan