JDT Lawan Borussia Dortmund 28 November Akan Datang

Juara Liga Super Malaysia 9 kali berturut turut, JDT mengumumkan bahawa pasukan mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab terkemuka Jerman, Borussia Dortmund.

Perlawanan persahabatan kelab berstatus antarabangsa itu akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim.

Ini bukanlah pertama kali Borussia Dortmund berdepan dengan JDT di bumi Johor.

Malah beberapa tahun lalu, JDT pernah mengadakan kerjasama yang berkaitan pembangunan bola sepak dengan kelab Jerman itu,

Kehadiran kelab gergasi Jerman itu pastinya akan disambut dengan meriah oleh peminat JDT.

Di ruangan komen, ramai pemina menyatakan mereka sudah tak sabar untuk menyaksikan JDT beraksi dalam perlawanan antarabangsa itu nanti.

Dalam kenyataan rasmi oleh JST, perlawanan tersebut akan diadakan pada 28 November 2022. Dan butiran tentang perlawanan tersebut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Nampak gayanya, peminat peminat JDT akan menyaksikan aksi bintang bintang Eropah di Stadium Sultan Ibrahim.

Sebelum ini, aksi antara JDT dan Borussia Dortmund diadakan di Stadium Larkin.

JDT baru sahaja meraikan kejuaraan Liga Super 2022. Yang merupakan kejuaraan kesembilan berturut turut kelab dari Selatan tanah air itu.

Rekod itu membuktikan bahawa JDT benar benar mendominasi dan menonopoli bola sepak Malaysia hampir sedekad.