JDT Lencongkan Ulsan Hyundai Ke Kekalahan Pertama

JDT mencipta sejarah apabila berjaya menewaskan pasukan Ulsan Hyundai yang merupakan pasukan gergasi Korea Selatan.

Ianya malam yang indah buat penyokong JDT.

Ulsan Hyundai dianggap pasukan pilihan utama kumpulan ini dengan status mereka sebagai juara ACL pada 2020 dan menjadi semifinalis pada musim lalu.

Sebelum ini JDT menang 5-0 ke atas Guangzhou. Namun ujian sebenar mereka yang pertama dalam kejohanan ACL musim ini adalah ketika berdepan Ulsan Hyundai.

Hal ini kerana Guangzhou tidak dapat menurunkan skuad utama mereka untuk aksi ACL musim ini.

Bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, JDT mendahului seawal minit ke-3 lagi menerusi pemain baharu mereka Fernando Forestieri.

Ianya satu jaringan lencong yang sangat cantik dan sempurna menewaskan penjaga gol kebangsaan Korea Selatan, Jeo Hyon Woo

Forestieri membuka akaun gol ACL beliau bersama dengan JDT.

Selepas gol tersebut JDT terus memberikan saingan sengit kepada lawan mereka.

Ulsan Hyundai gagal mendapatkan rentak mereka sepanjang 15 minit pertama. Namun perlahan lahan mereka mulai mengusai tempo perlawanan.

Natxo Insa sangat dominan di bahagian tengah berdepan dengan kualiti midfielder Ulsan Hyundai. Dia menjadi nadi penting dengan peranan box to box beliau.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak kepada JDT.

Bersambung babak kedua Ulsan Hyundai memperbaiki tempo permainan mereka.

Ulsan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi Um Wong Sang yang menerima bola dalam kotak penalti.

JDT kemudian terpaksa meratapi kehilangan penjaga gol kedua mereka Haziq Nadzli yang kelihatan cedera di bahunya.

Dia digantikan dengan Izham Tarmizi. Sebelum ini JDT kehilangan khidmat Farizal Marlias.

Ketika Ulsan Hyundai terdesak mahu mencari gol kedua, mereka dihukum oleh JDT pada minit ke-80.

Di mana Safawi Rasid berjaya menemui Bergson Da Silva yang kemudian melencongkan bola menewaskan Jeo Hyon Woo.

Tamat perlawanan, JDT menang 2-1. Ini adalah kemenangan bersejarah buat JDT. Pencapaian terbaik mereka dari segi merit setakat ini dalam kempen ACL.

Ulsan Hyundai ternyata terkejut dengan kemenangan JDT ini daripada reaksi para pemain mereka selepas tamat perlawanan.

Kemenangan ini membolehkan JDT menjadi pendahulu kumpula I.

Seterusnya JDT akan berdepan dengan Kawasaki Frontale.

Ternyata JDT telah membuktikan bahawa mereka bukanlah sekadar datang untuk mendapat sijil penyertaan dalam kejohanan sebesar ACL ini.

JDT melakukan 9 percubaan dan 5 on target ke gawang Ulsan. Sementara Ulsan melakukan 11 percubaan dengan 6 on target. Ianya bukti bahawa JDT tidak gerun dengan gergasi Korea seperti Ulsan Hyundai.

SYABAS!