JDT Nafi Tawarkan Kontrak Buat Pemain TFC II Ini

Pengarah Teknikal JDT, Allistair Edwards tampil menjawab khabar angin tentang pemain Terengganu FC II iaitu Muslihuddin Atiq Mat Zaid.

Di mana ada beberapa laporan media menyatakan bahawa pemain tersebut menerima tawaran daripada JDT.

Muslihuddin Atiq merupakan pemain prospek dalam skuad Terengganu FC II. Merupakan pemain yang boleh beraksi dia serangan utama ataupun di posisi penyerang sayap.

Alistair menafikan bahawa perkara itu berlaku. Sambil menjelaskan bahawa JDT kemungkinan akan mendapatkan beberapa pemain asing dan seorang pemain tempatan, tetapi yang pasti pemain itu bukan Atiq.

Menerusi kenyataan yang sama, Alistair juga menegaskan bahawa mereka tertanya tanta, dari mana Atiq menerima tawaran tersebut?

Dalam kenyataan rasminya menerusi JST, Alistair Edward berkata:

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin menjelaskan bahawa tiada tawaran telah dibuat kepada pemain Terengganu FC II, Muslihuddin Atiq Mat Zaid.”

“JDT sedang dalam perbincangan dengan beberapa pemain luar negara dan berkemungkinan akan menandatangani seorang pemain tempatan, tetapi pemain tersebut bukanlah Atiq.”

Alistair menambah: Kami terkejut dengan berita tentang tawaran yang sudah dilakukan kepada Atiq. Kami juga tertanya-tanya dari mana Atiq mendapat tawaran tersebut kerana tiada walau seorang pun staf teknikal termasuk saya selaku Pengarah Teknikal atau Martin Prest, Pengarah Sukan telah membuat tawaran kepada pemain tersebut.”

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai