JDT Pakai Jersi Logo UNICEF Seperti Barca, Man United Musim Depan

Johor Darul Tazim mengorak langkah lagi apabila menjalinkan kerjasaman dengan Pertubuhan Kanak Kanak UNICEF.

Semalam, pemilik pasukan, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memberikan bayangan bahawa mereka akan mengumumkan sesuatu yang ‘besar’ pada hari ini.

Selain daripada membantu untuk kebajikan, TMJ menganggap langkah ini juga penting bagi kesedaran jenama dan publisiti kelab.

TMJ dalam kenyataannya menerusi platform rasmi JDT berkata:

“Apa yang akan berlaku esok [hari ini] adalah sesuatu yang bersejarah. Bagi saya, keutamaan adalah nilai komersial kelab di mana kelab juga dikenali di seluruh dunia, bukan sahaja dalam dunia bola sepak tetapi dalam dunia komersial juga.

Mentaliti saya dan sesetengah pihak dalam negara berbeza. Sebagai contoh, semua kelab boleh menandatangani pemain bola sepak tetapi bukan semua kelab mendapat pengiktirafan daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa. Kejayaan komersial, jenama dan aset kelab adalah yang pertama.

Jikalau kelab tiada duit, kelab tidak dapat menandatangani pemain dan tanpa pemain yang bagus, pasukan tidak dapat mencapai kejayaan di dalam padang.

‘Brand awarenes’ juga bermaksud pengiktirafan bahawa peranan JDT adalah lebih besar daripada hanya sebuah kelab bola sepak.”

Dan pada hari ini, JDT dengan rasminya mengumumkan menjadi pasukan pertama di rantau Asia menjalinkan kerjasaman dalam kempen kesedaran tentang keperluan kanak kanak seluruh dunia.

Apa itu UNICEF?

UNICEF merupakan badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi bantuan kemanusiaan dan perkembangan kepada kanak-kanak di seluruh dunia. UNICEF beribu pejabat di New York.

UNICEF bergantung kepada sumbangan kewangan daripada kerajaan-kerajaan dan juga penderma peribadi. Program-programnya menekankan perkhidmatan menjaga kesihatan dan kebajikan kanak-kanak di peringkat masyarakat. UNICEF dianugerahkan Hadiah Nobel pada 1965.

Matlamat utama UNICEF adalah untuk menjalankan program-program kebajikan kanak kanak di seluruh dunia, terutamanya di benua Afrika yang berdepan dengan banyak isu berkaitan.

UNICEF mempunyai lima matlamat utama, iaitu Kehidupan dan Perkembangan Kanak-kanak, Pendidikan Asas dan Kesamaan Jantina (yakni pendidikan untuk perempuan), Perlindungan Kanak-kanak daripada Keganasan, Eksploitasi dan Penderaan, Pencegahan HIV/AIDS di kalangan kanak-kanak, dan Penyokongan Dasar Melindungi Hak Kanak-kanak serta Kerjasama dalam usaha sedemikian.

UNICEF juga membantu dalam perkembangan kanak-kanak dari umur kecil, perkembangan remaja, dan kemahiran hidup berasaskan pendidikan.

Pendidikan

UNICEF menyokong pemberian pendidikan asas yang berkualiti kepada semua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) yang memberi penekanan kepada kesamaan jantina dan penghapusan apa-apa jenis perbezaan antara manusia.

Dalam menggalakkan kesaksamaan, UNICEF memberi fokus kepada kanak-kanak yang paling tidak bernasib melalui program-program pendidikan yang inovatif.

UNICEF bekerjasama dengan pihak-pihak tempatan, nasional dan antarabangsa untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Matlamat Pembangunan Alaf Baru dan Deklarasi Pendidikan untuk semua untuk membawa sebarang perubahan yang diperlukan untuk mencapai keadilan sosial dan kesaksamaan untuk semua.

Imunisasi

UNICEF berusaha menyediakan kemudahan-kemudahan melindungi kesihatan kanak-kanak di seluruh dunia. Usaha ini termasuk pendidikan kesihatan, pembekalan supplemen nutrien, kelambu dan vaksinasi.

Perlindungan dan kebajikan

UNICEF melindungi kanak-kanak daripada keganasan, eksploitasi dan penderaan, termasuk pelacuran, pemerdagangan dan pemburuhan kanak-kanak dan sebagainya. Sasaran usaha ini ialah kanak-kanak tanpa ibu bapa serta berada dalam konflik undang-undang atau senjata.

HIV/AIDS

Seramai 15 juta orang kanak-kanak kini menjadi anak yatim kerana AIDS. Dijangka pada 2018, seramai 18 juta kanak-kanak akan kehilangan salah seorang ibu bapa disebabkan AIDS di kawasan sub-Sahara Afrika. UNICEF juga berusaha membasmi pornografi kanak-kanak.

JDT jalin kerjasama dengan UNICEF

Dalam kenyataan rasminya pada hari ini, JDT menyatakan:

JDT BEKERJASAMA DENGAN ORGANISASI ANTARABANGSA UNICEF UNTUK KEMAJUAN KANAK-KANAK

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengumumkan kerjasama bersejarah dengan organisasi antarabangsa UNICEF untuk mengumpul dana bagi kemajuan kanak-kanak di Ibu Pejabat JDT hari ini.

Harimau Selatan juga berkemungkinan akan membawa logo UNICEF di bahagian hadapan jersi pasukan untuk musim 2021 seperti Barcelona dan jersi latihan Manchester United pada suatu ketika.
Kerjasama dengan UNICEF ini adalah yang pertama di rantau ini dan akan meningkatkan lagi kesedaran tentang keperluan kanak-kanak.

Tugas UNICEF adalah memastikan setiap kanak-kanak mempunyai peluang untuk membesar dengan sihat dan gembira, menjalani kehidupan dengan selamat dan mencapai potensi sebenar mereka.

 

Sumber: JST / Wiki

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.